Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia
Tiba tiba sahaja saya terkenangkan kisah suka duka saya sepanjang perkhidmatan. Sepanjang saya berkhidmat, saya mengalami banyak pengalaman pahit manis. Maklumlah kita bekerja dengan manusia. Jika boss adalah seorang yang serasi dengan kita, pastinya urusan kerja menjadi lebih mudah. Tapi jika boss perangai macam hantu yang sentiasa mencari salah, sentiasa mengugut, hidup kita pun akan sekali merana.
Sepanjang perkhidmatan, saya sebenarnya telah tiga kali "missed" kenaikan gred yang memberi impak kewangan jangka panjang yang besar. Yang paling teruk juga bila saya pernah diberikan prestasi yang rendah sehingga tahun berkenaan saya langsung tidak mendapat bonus tahunan.
Walaupun ketika kesulitan dan ujian ini berlaku, ianya terasa sangat menyakitkan namun selepas itu, saya kembali menjalani hidup seperti biasa. Tidak ada kelaparan atau apa apa kesan pun.
Saya berpegang kepada setiap apa yang berlaku akan ada pertanggungjawabannya. Dalam erti kata lain, siapa yang terlibat perlu menjawabnya di hadapan Allah jika ianya melibatkan penganiayaan dan kezaliman. Namun saya tidak mahu menunggu mereka, jadi saya maafkan mereka dan menyerahkan mereka pada Allah sahaja. Dengan ini, hidup saya akan menjadi tenang.
Saya juga sentiasa memohon dengan Allah agar saya diampuni kerana saya sendiri sepanjang berkhidmat mungkin juga telah menyakiti hati orang lain tanpa saya sedari. Maklumlah 18 tahun di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang berhadapan secara langsung dengan staf. OK kita tinggalkan dahulu bab dan kisah sedih saya sepanjang berkhidmat. Sekarang masuk bab ayam goreng pula.
Saya dapat idea menyediakan ayam goreng simple tapi sedap ini selepas membaca komen di IG seorang sahabat. Kebetulan pula saya diberikan satu pes bawang putih Fresh Magic Garlic oleh Deliziose yang memang sangat sesuai untuk dibuat perap kerana teksturnya yang sangat halus. Saya berpegang kepada setiap apa yang berlaku akan ada pertanggungjawabannya. Dalam erti kata lain, siapa yang terlibat perlu menjawabnya di hadapan Allah jika ianya melibatkan penganiayaan dan kezaliman. Namun saya tidak mahu menunggu mereka, jadi saya maafkan mereka dan menyerahkan mereka pada Allah sahaja. Dengan ini, hidup saya akan menjadi tenang.
Saya juga sentiasa memohon dengan Allah agar saya diampuni kerana saya sendiri sepanjang berkhidmat mungkin juga telah menyakiti hati orang lain tanpa saya sedari. Maklumlah 18 tahun di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang berhadapan secara langsung dengan staf. OK kita tinggalkan dahulu bab dan kisah sedih saya sepanjang berkhidmat. Sekarang masuk bab ayam goreng pula.
Sangat mudah kerana ia dipack dalam plastik yang cuma perlu dipicit sebanyak mana yang kita perlukan. Picit ke atas ayam dan digaul rata. Ketepikan supaya ayam mesra dan meresap. Ayam tu, boleh dicucuk cucuk dengan pisau terutama jika bahagian yang menpunyai isi yang tebal.
Sangat sedap dan saya suka rasa ayam yang simple macam ini. Saya memang bukan penggemar masakan berempah pun. Lagi pulak, saya suka rasa bawang putih.
Jom layan resepi di bawah ini untuk memudahkan rujukan anak anak atau adik adik yang baru berjinak jinak dengan dapur. Juga jangan lupa ada video yang saya buat secara suka suka juga di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 keping paha ayam
Tepung gandum
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
Garam
Cara cara:
Ayam dicucuk cucuk bahagian dagingnya dengan pisau yang tajam. Lumur bahan tumbuk pada ayam dan biarkan. Lagi lama lagi mesra dan sedap.
sabaq la kak azie. mana mana tempat pun sama ja kerenah manusia ni. sy lambat lagi nak pencen.. kn hadap la semua demi seduap nasi..
BalasPadamSeronok dengar orang nak pencen sebab boleh berehat dan buat apa yang disukai tanpa perlu memikirkan komitmen kerja..kawan saya pun berpencen pada umur 33 tahun dan dia menghabiskan masa untuk beribadat jariah..saya pun kalo boleh nak pencen sebelum masuk 40 tahun..jika mampu la..
BalasPadam