Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Ikan Bilis Yang Rangup

Cucur Ikan Bilis Yang Rangup

Alhamdulillah, hari ini saya digagahkan untuk ke pejabat. Lagi lama di rumah, lagi emosi saya tidak stabil sehingga saya mula mengalami simpton depressi. Saya mudah menjadi emosional dengan tanpa sebab. 

Aduhaai memang fikiran jadi sangat tak menentu. Bukan kerana saya tidak menerima ujian atau tidak redha tetapi keadaan menjadikan saya serba salah. Saya bukan mengeluh dengan sakitnya saya kerana saya tahu disebalik ujian, ada hikmahNya. Allah tidak menimpakan sesuatu melainkan ada hikmah yang ingin dikurniakan. 

Namun sepanjang di pejabat, saya sangat berhati hati dengan langkah kaki saya kerana tidak mahu terlalu bergerak aktif secara mengejut. Kalau biasanya, saya memang seorang yang bergerak pantas dan berjalan laju. Alhamdulllah walaupun masih ada bengkak tapi bengkaknya agak berkurangan. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi ringkas sahaja. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan juga hidangan petang. Masuk ke dapur untuk bersarapan sebelum makan ubat. Tapi bila dibuka saji, kosong. Tiada makanan untuk sarapan. Saya meminta Ros untuk menyediakan Cucur Ikan Bilis. Cucur ikan bilis hari ini hanya menggunakan bahan bahan yang tersedia di rumah sahaja. 

Cucur Ikan Bilis Yang Rangup

Cucur ikan bilis hari ini memang sangat sedap. Cukup rasanya, cukup garing dan kerangupannya. Habis sepinggan tanpa disedari pun. Boleh klik di SINI untuk entri Best Ever Cucur Udang. Bahan bahannya lebih kurang sama sahaja. Cuma hari ini dimasukkan sedikit air panas untuk meranggupkan kuih cucur. 

Jom layan resepi di bawah ini. Boleh diubahsuai sukatan bahan bahan jika ingin membuat dalam kuantiti yang banyak. 

Cucur Ikan Bilis Yang Rangup

Cucur Ikan Bilis Yang Rangup

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
1 biji ubi kentang - potong dadu
1/2 biji karot - hiris panjang
Sejemput ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan air panas
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan dikacau. Tuang air panas dan kacau. Kemudian baru dituang air biasa sehingga menjadi adunan yang sederhana kecairannya. 

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Balik balikkan dan setelah masak kedua dua belah, bolehlah angkat dan tos. 

Nota:
Mahu lagi sedap, boleh tambah daun kucai atau daun bawang dan isi jagung. 


3 ulasan for "Cucur Ikan Bilis Yang Rangup"

  1. Owh.. guna air panas dulu ye.. boleh sha cuba nie.. selalu guna air sejuk je..

    BalasPadam
  2. Biasa buat cucur udang, ikan bilis tak pernah buat lagi.

    BalasPadam
  3. Aslmkm Azie. Dah lama Along tak jenguk kawan2 blog. Semuga Azie sihat dan kuat dan tabah hadapi ujian.

    BalasPadam