Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yang Sangat Sedap
Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan, saya ingin kongsikan sedikit berkenaan kehidupan di dunia yang memang sementara. Walaupun semua tahu akan hakikat ini tapi kita jarang mengingati saat kita akan menjalani kehidupan yang kekal di akhirat.
Bagi yang sakit akan mengharapkan kesembuhan, hatta terlantar di hospital juga akan mengingatkan kesembuhan, sedikit sahaja yang mengingati kematian dengan berzikir dan beristighfar di katil hospital.
Kisahnya sehari sebelum menjelang tahun baru, sahabat baik kami sejak dari universiti telah meninggal secara tiba tiba ketika mendapat rawatan di klinik kesihatan. Hubby yang bergegas ke sana sebaik mendapat perkhabaran ada kongsikan kesedihan beliau melihat arwah terbaring keseorangan tat kala isteri arwah menguruskan urusan report dan sebagainya.
Arwah adalah sahabat baik yang menjadi pengapit Hubby ketika majlis pernikahan dan perkahwinan kami dahulu. Kali terakhir Hubby bercakap dengan arwah ialah ketika untuk menjemput ke majlis akikah cucunda kami.
Arwah adalah sahabat baik yang menjadi pengapit Hubby ketika majlis pernikahan dan perkahwinan kami dahulu. Kali terakhir Hubby bercakap dengan arwah ialah ketika untuk menjemput ke majlis akikah cucunda kami.
Bukan kematian arwah yang ingin saya coretkan di sini hari ini. Tetapi bila kami dalam group Whats App rakan rakan kolej amat terasa kesedihannya. Apabila dikongsikan gambar kubur di mana arwah disemadikan, saya sangat terkesan dengan apa yang ditulis oleh salah seorang sahabat iaitu "Kesudahan Sebuah Cerita, Al Fatihah".
Ya hidup di dunia ibarat perkisahan satu cerita yang bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di antara keduanya terdapat pelbagai drama dalam kehidupan. Yang berpangkat dan kaya dengan drama kuasa dan harta, yang miskin dengan drama kedaifan dan sebagainya. Drama berakhir dengan kesudahan sebuah cerita. Tiada lagi cerita selepas watak pelakonnya dimatikan. Itulah yang kita semua akan tempuhi tanpa mengira siapa kita pada hari ini. Jadi ingatlah bila berbicara, bila membuat keputusan kerana semuanya akan ada pertanggungjawaban di akhirat. Peringatan buat diri saya juga.
Resepi Kuih Bingka Ubi Kayu ini saya ambil dari blog Masam Masam Manis di SINI. Tertarik dengan apa yang ditulis sebagai bingka ubi yang lembut dan lemak manis menyebabkan saya terus mencari ubi kayu. Caranya pun mudah. Ubi kayu yang siap diparut, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau rata dan terus masuk ke dalam loyang.
Ubi kayu parut tak perlu ditapis atau dimasukkan apa apa tepung kerana ubi kayu ni dah berkanji. Loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.
Jika resepi Bingka Ubi saya sebelum ini di SINI, saya tapis dan biarkan air perahan tadi dalam 10 - 15 minit untuk mendapatkan sagu ubi yang mendak. Buang airnya dan ambil sagu tadi dan masukkan kembali ke dalam ubi parut. Tapi kaedah hari ini, tak perlu perah.
Memang a keeper recipe. Anda boleh guna resepi ini. Kalau buat berniaga pun, boleh ni. Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi resepi ini sebelumnya.
Jom layan resepi yang saya olah sedikit untuk memudahkan pemahamannya di bawah ini. Jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Bingka Ubi Kayu Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.
Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur.
Tuang ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya. Nota: saya guna loyang 8x8 inci.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.
Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Nota: Saya tak buat seperti ini, sebaliknya bakar lebih 2 jam.
Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.
Trima ksh share..mnta halalkn
BalasPadamSedap
BalasPadamMakan musim ujan ni sedap kak azie😅
BalasPadamNk ty kukus guna oven brp jam ye
BalasPadamSaya tak kukus kerana saya suka kuih bingka yang garing
PadamTerima kasih Azie
BalasPadamKlu nk kukus boleh ke kak
BalasPadamkalau nak buat loyang 10 inci , double kan resepi shj ye ?
BalasPadamKalau nk kukus boleh ke kak azie
BalasPadamHai sis.. Kalau gune santan kotak kene tambah air tak..
BalasPadamya kalau tidak akan jadi terlalu pekat. santan kotak pekat
Padamloyang kene sapu minyak tak?
BalasPadamubi kayu ganti dengan keledek putih boleh tak ya?
BalasPadamKalau kukus berapa lama..30 minit ke? Lebih
BalasPadamSaya tak pernah kukus sb kukus lagi cerewet nak jaga api, nak tengok air dan nak pastikan air tak menitis atas kuih.
PadamKak azie.. ubi tu 4 cawan yg dah perah air ke belum?
BalasPadamhihihi mesti tak baca entri dalam blog. Itu sebab tanya. Sebenarnya dalam setiap entri saya akan bagi komen saya berkenaan dg resepi ini. Elok puan baca. Ubi ini tak perlu diperah.
PadamBakar dgn airfryer boleh x
BalasPadamRasanya boleh tapi lama.
PadamTerima kasih, saya dah cuba 🌹🌹🌹
BalasPadam