Teresek Jantung Pisang Kelantan Kegemaran Saya
Jadi selepas memasak, saya sempat makan sedikit nasi putih dengan Teresek Jantung Pisang dan ikan keli goreng sebelum bersiap untuk keluar. Huhuhu memang lepas rindu dan keinginan untuk makan teresek yang sekian lama.
Teresek haruslah banyak jantung pisang nya berbanding keropeh ayam. Tapi saya hanya ada sebiji jer jantung pisang. Kalau diguna 2 biji, lagi ngam lah teresek saya hari ini.
Saya rasa lama kelamaan generasi muda, pasti tidak akan kenal lagi lauk ini. Bila makan nasi putih dengan teresek, saya suka menggaul gaul kuah teresek dengan nasi. Walaupun ianya tidak akan menjadi seperti kuah yang banjir tapi secukup untuk membasahkan nasi. Rasanya memang authentic.
Selain Teresek Jantung Pisang, saya juga suka Teresek kacang panjang. Klik di SINI untuk melihat entri penyediaan masakan Teresek Jantung Pisang semasa kenduri di rumah kakak saya. Klik di SINI untuk Teresek kacang panjang.
Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Teresek Jantung Pisang
Teresek Jantung Pisang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ayam - hati, mempedal, tengkuk, kaki
Bahan bahan:
Ayam - hati, mempedal, tengkuk, kaki
2 biji jantung pisang - saya guna 1 jer
2 sudu besar rempah gulai kawah
2 sudu besar rempah gulai kawah
1 sudu besar cili kering kisar - membukit
1/2 biji kelapa - santan
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula Melaka
Gula
Bahan kisar:
5 ulas bawang merahGula Melaka
Gula
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
4 hirisan nipis lengkuas
4 hirisan nipis lengkuas
1 sudu besar rempah ketumbar biji
Cara cara:
Cara cara:
Jantung pisang dibuang kulit luar dan ambil bahagian putih. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Tos dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit.
Masak keropeh ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan rempah gulai kawah hingga agak kering.
Masukkan santan dan asam keping. Masak sehingga santan mendidih dan terbit minyak.
Masukkan jantung pisang yang telah diperah airnya dan kacau rata rata.
Akhir sekali masukkan cili hijau, garam, gula, gula Melaka dan kerisik. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Jika suka sedikit berkuah, jangan dimasak terlalu kering kerana bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat dan kering.
Setelah jantung pisang lembut dan masak, bolehlah ditutup api.
Masukkan santan dan asam keping. Masak sehingga santan mendidih dan terbit minyak.
Oh, keropeh ayam tu bahagian2 leher, kaki & organ ayam ke? Rare lauk ni, sy tak pnh jumpa, harus dicuba ni, terliur
BalasPadamrindunye lauk ni...lauk mse sy kecik2 dulu..sekarang ni xde dh..susah nk dapat..hanya kelantan je ad lauk ni...
BalasPadamRindu lauk nih ingat arwah mak.. huhuhu..
BalasPadam