Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Kalau di kampung dulu, saya mencari siput di dalam sawah padi. Warnanya hitam dan bentuknya bulat. Dalamnya kadang kadang ada macam anak siput yang halus halus. Terasa seperti berpasir. Siput sedut berbelang seperti yang saya guna hari ini, hanya dikenali sejak saya berpindah di sini sahaja.
Kepada yang bertanya, macam mana saya memasak. Saya hanya duduk di bangku tinggi dan bantu mengacau ngacau di periuk sahaja. Semua persediaan bahan untuk memasak disediakan oleh pengasuh cucu saya. Dia yang mengambil itu dan ini. Saya tidak boleh banyak bergerak kerana masih memerlukan tongkat. Tapi jika saya tidak melakukan apa apa, lagi parah keadaan mental saya.
Terfikir macam mana nak pergi kerja, macam mana nak duduk di kerusi kerana kaki masih bengkak dan sakit jika tidak diluruskan. Macam mana nak solat di pejabat atau macam mana nak ke bilik air di pejabat yang lantainya sentiasa basah. Macam mana nak bergerak dan berjalan ke bilik mesyuarat. Perlukah saya membelakangkan kesihatan saya semata mata untuk ke pejabat. Perlukah saya tidak mendengar nasihat doktor? Inilah konflik dalaman yang menghantui diri saya ketika ini.
Semuanya yang menyebabkan saya stress sebenarnya. Doktor pakar pun dah beritahu, penyembuhan memakan masa sekurang kurangnya 6 minggu. Siapa yang nak sakit? Cer beritahu. Ada pepatah mengatakan kemalangan tidak berbau. Tapi saya yakin, ada hikmahNya yang tersembunyi bila semua ini terjadi. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Berbalik pada cerita siput sedut, saya tak pernah lagi membeli siput sedut yang belum dimasak, apalagi membersihkan siput sedut, jadi saya google cara caranya dan terjumpa tips yang dikongsikan oleh sahabat blogger saya, Che Mat Gebu dari blog Dapur Tanpa Sempadan di SINI.
Petua Che Mat lagi, jika anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi, kemudian taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan tapis dan tindih dengan benda berat seperti lesung batu untuk mengelakkan siput keluar merayap serata dapur.
Sebetulnya dari pagi mencari siput sedut ni. Beberapa kedai runcit yang Hubby pergi, semuanya tiada stock. Jadi memang rezeki sangat bila dapat bekalan siput sedut ini.
Hikmahnya, saya tidak perlu mencuci dan memotong siput sedut kerana Barang Dapur Basah dari Instagram @barangdapurbasah telah menghantar siput sedut yang telah dicuci dan dipotong. Jimat masa untuk menyiang siput yang memang agak remeh dan memakan masa ini.
Hikmahnya, saya tidak perlu mencuci dan memotong siput sedut kerana Barang Dapur Basah dari Instagram @barangdapurbasah telah menghantar siput sedut yang telah dicuci dan dipotong. Jimat masa untuk menyiang siput yang memang agak remeh dan memakan masa ini.
Haa para wanita dan isteri yang bekerja yang sentiasa bekejar masa untuk ke dapur, boleh order jer dengan Barang Dapur Basah di 0193247061. Mereka juga ada membekal bahan dapur sedia kisar seperti cili kering, bawang merah bawang putih dan macam macam lagi. Sangat memudahkan kerja. Tiada alasan untuk kita tidak memasak sendiri kan?
Hari ini saya memasak siput sedut masak lemak cili api sahaja. Saya suka yang simple simple supaya keenakan siput jelas terasa. Masak lemak siput sedut juga sedap digandingkan dengan batang keladi atau pucuk paku. Tapi hari ini, saya masak kosong sahaja.
Sangat sedap dan sangat berpuashati bila hajat tercapai. Saya makan meratah ratah sepinggan besar. Jika suka kuah yang banyak, boleh guna 1 1/2 atau 2 biji kelapa. Saya guna hanya 1 biji kelapa sahaja.
Hari ini saya memasak siput sedut masak lemak cili api sahaja. Saya suka yang simple simple supaya keenakan siput jelas terasa. Masak lemak siput sedut juga sedap digandingkan dengan batang keladi atau pucuk paku. Tapi hari ini, saya masak kosong sahaja.
Sangat sedap dan sangat berpuashati bila hajat tercapai. Saya makan meratah ratah sepinggan besar. Jika suka kuah yang banyak, boleh guna 1 1/2 atau 2 biji kelapa. Saya guna hanya 1 biji kelapa sahaja.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Siapa belum subscribe video di Azie Kitchen channel boleh klik di SINI.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
2 pek/2 kg siput sedut
1 1/2 biji kelapa - santan
1 1/2 biji kelapa - santan
1-2 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris halus
1 sudu besar garam kasar
Bahan kisar:
20-25 tangkai cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Basuh siput bersih bersih dengan menggunakan berus. Bilas 4-5 kali sehingga betul betul bersih airnya. Rendam dalam air garam seketika. Tos dan potong bahagian bucu siput pada ruas ke 3 dari atas dengan menggunakan cutter.
Masukkan siput yang siap dipotong tadi ke dalam besen dan tuang air hingga siput tenggelam. Ambik dengan tangan, toskan dan masukkan ke dalam tapis. Tujuan buat macam ini, untuk mengelakkan serpihan kulit siput terikut masuk dalam masakan kita.
Masukkan bahan kisar bersama serai ke dalam kuali dan masak sehingga cili agak kering.
Masukkan santan cair dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
Masukkan siput yang telah dibersihkan, kacau lagi sehingga kuah mendidih dan siput masak.
Masukkan santan pekat, garam dan asam keping. Kacau menggunakan api perlahan sehingga kuah mendidih kecil dan tiada buih buih dalam kuah.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.
Nota:
Tips lain untuk membersihkan siput. Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas. Selepas itu masukkan hampas kelapa.
Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman. Boleh juga dibiarkan selama 2 jam. Basuh siput tadi sehingga bersih dan sedia untuk dipotong. Ia akan menghilangkan bau lumpur.
Jika anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi, kemudian taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan tapis dan tindih dengan benda berat seperti lesung batu untuk mengelakkan siput keluar merayap serata dapur.
Catat Ulasan for "Siput Sedut Masak Lemak Cili Api "
Add your comment