Sambal Ikan Bilis Dengan Petai
Saya tidak pernah lagi mengunjungi Pameran pertanian MAHA tapi entah kenapa tahun ini saya tertunggu tunggu akan ketibaannya. Dah berbulan bulan menunggu kerana saya mahu mencari benih pokok buah buahan untuk ditanam di tanah sekangkang kera kami di Sungai Buloh. Tapi bila kemalangan seperti ini menimpa, saya tidak pasti jika saya dapat mengunjunginya. Selain pokok buah buahan, saya juga suka pokok dan tanaman ulam ulaman.
Semasa di dalam wad, saya ter tonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di mana Zaini Salai House ada kongsikan resepi rendang itik salai. Bahan bahannya sangat mudah. Hanya santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan lengkuas yang diketuk. Yang lain lain pastilah garam dan asam keping. Menelan nelan air liur tengok depa memasak dalam rancangan tersebut.
Rendang itik salai dikatakan sedap dijodohkan dengan ulaman daun maman atau daun puding. Saya pernah makan jeruk maman tapi tak pernah melihat bagaimana pokoknya. Kalau daun puding langsung tak kenal. Yang saya tahu hanya pokok bunga puding sahaja. Itu yang rasa sangat teruja untuk mencari benih kedua duanya.
Entah kenapa selera makan saya sekarang agak berubah. Agaknya perubahan usia juga menyebabkan kecenderungan saya sekarang lebih kepada masakan tradisional menggunakan sayuran dan ulaman kampung. Insya Allah, selepas sihat dan sembuh dari kecederaan kaki, saya ingin mula projek menanam pokok dan ulam ulaman.

Hari ini, saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Dengan Petai lauk yang sentiasa versatile. Maknanya sedap dimakan bila bila masa sahaja. Pendek kata, tidak menjemukan. Lebih sedap jika petai dan ikan bilis rangup krup krap krup krap. Caranya ialah jangan masak petai terlalu lama dan ikan bilis hanya dimasukkan setelah sambal benar benar suam atau lebih baik jika dah sejuk. Jadi ia akan kekal rangup.
Cara memasak lauk ini adalah pelbagai versi. Boleh digunakan cili padi atau cili merah hidup. Tapi hari ini saya menggunakan cili kering kisar. Hahaha cili kering kisar lebih jimat. Yang penting, rasanya sama jer sedapnya.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaan di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 mangkuk ikan bilis
Segenggam petai
3 sudu besar cili kering kisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan tumbuk:
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali lain, tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Setelah sambal terbit minyak cantik, masukkan petai. Kacau rata dan tutup api.
Setelah sambal sedikit suam, baru dimasukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dengan Petai"
Add your comment