Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pucuk Paku Goreng Pedas

Pucuk Paku Goreng Pedas

Sayur Pucuk Paku Goreng adalah antara sayuran yang saya gemari. Saya memang suka sayuran kampung berbanding dengan sayuran bandar. Tips yang saya baca ialah pucuk paku disiang dengan menggunakan jari sahaja supaya kita tahu bahagian yang lembut. Kalau guna pisau, bahagian keras pun akan termasuk sekali.

Kalau dengar jer pucuk paku, pasti yang terbayang ialah pucuk paku goreng belacan, sayur lemak pucuk paku dan rendang pucuk paku. Adalagi tak resepi lain yang sedap untuk dimasak pucuk paku? Kalau ada, tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Insya Allah satu hari nak cuba masak rendang pucuk paku dengan kerang yang dicadangkan oleh isteri sahabat kami. Katanya sangat sedap dan sangat serasi. Saya tertangguh tangguh kerana malas nak mengupas kerang sendiri dan keduanya kerana saya alah dengan semua makanan laut yang bercengkerang. 

Pucuk Paku Goreng Pedas

Resepi pucuk paku goreng pedas ini lebih sedap jika diletakkan sedikit belacan. Tapi seperti biasa, saya tak letak belacan kerana takut malamnya nanti tergaru garu sana sini.  Sekarang saya dah terpaksa berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana masalah allergi. Kalau letak belacan, memang semerbak wangi dapur kita semasa menumis.  

Teringat masa kecil dulu, suka makan colek. Apa apa jer boleh, buah kundang yang saya panggil buah gemia, betik yang tak berapa masak, mangga semua dimakan secara cicah colek. Itu jer lah life sebagai anak kampung. Sebelah petang selepas balik dari sekolah, dok bawah pokok kundang beramai ramai sambil mencicah. 

Colek diletak biasanya cuka atau kicap sebagai bahan utama. Yang lain, garam, gula, cili padi dan belacan. Yang lagi best, saya suka meratah belacan. Boleh ambil dan gigit gitu gitu jer. Syukurlah kerana diberi juga peluang untuk menikmati belacan dalam hidup ini.  

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Pucuk Paku Goreng Pedas

Pucuk Paku Goreng

Bahan bahan:
1 ikat pucuk paku
Garam

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili padi hijau & merah - ikut pedas disukai
Sejemput ikan bilis
Belacan - jika mahu lagi sedap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk yang ditumbuk kasar sehingga naik bau. 

Pucuk Paku Goreng Pedas

Pucuk Paku Goreng Pedas

Masukkan pucuk paku yang telah disiang dan kacau rata. 

Pucuk Paku Goreng Pedas

Masukkan sedikit air untuk melembutkan pucuk paku dan juga garam secukup rasa. 

Kacau rata sehingga pucuk paku lembut. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Pucuk Paku Goreng Pedas


8 ulasan for "Pucuk Paku Goreng Pedas"

  1. Sy paling suka bila emak masak pucuk paku tumis bersantan. Santannya pekat bukan macam masak lemak. Mak memang pilih bahagian yg lembut saja maka dapatlah secoet pucuk pakunya bila telah siap dimasak, hehhe.

    Kecur plak baca bab colek tu kak

    BalasPadam
  2. saya selalu masak kerabu pucuk paku style utara bila ada lebihan sambal belacan.simple sangat.sambal belacan secukup rasa,udang segar sikit dipanaskan bersama santan pekat biar udang secukup masak aje x payah lama2.bulih tambah garam gula jika perlu.gaulkan dengan pucuk paku celur,bawang holland hiris dan perah sedikit limau nipis.Siap.sedap sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, saya boleh cuba. Sambal belacan dimasak sekali dengan santan ya?

      Padam