Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Sejak pagi saya seperti bersedih, airmata seperti mahu bergenang tanpa sebab. Mungkin orang sakit seperti saya, sangat sensitif. Mudah terasa hati atas perkara kecil sekali pun. Saya yang memang tengah "down" rasa sangat gembira bila dapat tahu kakak saya Cikgu Asiah datang dari Kelantan untuk melawat saya bersama anak anak dan menantu.
Dengan kehadiran mereka, terasalah sangat gembira walaupun tidak lama. Macam macam yang sempat dibualkan. Jadi bila dapat tahu mereka akan datang, saya simpan sedikit untuk dihidangkan buat mereka.
Saya menyediakan sendiri mee hoon hari ini. Tiba tiba terasa mahu makan mee hoon sedap yang sesuai dengan selera, kenalah memasak sendiri. Memasak sambil duduk di bangku tinggi sahaja. Saya cuma mengacau ngacau di kuali. Menyediakan bahan dan mahu mengambil itu ini, dibantu oleh pengasuh Ammar. Saya memang tidak boleh berdiri. Masih terasa sakit dan seperti kebas bila banyak bergerak. Tapi saya perlu juga bergerak untuk menguatkan otot.

Mee hoon goreng yang simple sahaja kerana saya memang sengaja tidak mahu memasukkan pelbagai perencah. Pada saya, inilah mee hoon yang benar benar menepati selera saya. Mee hoon ala ala kampung sahaja yang simple tapi terasa kesedapannya. Bahan perasa hanya garam sahaja.
Siapa kata susah untuk menyediakan mee hoon yang sedap? Tak susah dan tidak memerlukan bahan yang banyak atau rencah yang mahal mahal pun. Tapi hakikatnya cukup susah untuk bertemu dengan mee hoon goreng yang sedap yang dijual terutama semasa sarapan pagi.
Setiap pagi saya menghadapi dilema untuk bersarapan pada hari hari bekerja. Jika tidak mahu makan nasi lemak, pilihan lain ialah mee hoon. Tapi mee hoon seperti tiada rasa atau adakala mee hoon terasa bahan perisa segera. Adui sehingga satu hari saya memberi feedback pada adik yang bekerja di situ. Saya memberitahu mee hoon tidak sedap dan tidak kena rasanya. Saya kongsikan sedikit cara untuk menyediakan mee hoon yang sedap dengan menggunakan bahan bahan biasa.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Anda harus mencubanya untuk mengetahui bagaimana rasa dan keenakannya mee hoon yang menggunakan bahan biasa biasa yang tersedia di dapur kita. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek mee hoon rice vermicille Jati
1/2 mangkuk karot yang dihiris
3 biji telur
Sejemput ikan bilis - tumbuk kasar
2 sudu besar cili kering kisar
Bahan kisar:
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
Daun bawang
Cili merah
Cara cara:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Boleh tambah minyak ketika menumis, jika ianya kelihatan seperti tidak cukup.
Masukkan cili kering kisar dan ikan bilis yang ditumbuk. Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak seperti gambar di bawah.
Setelah sambal masak dan terbit minyak, masukkan karot. Kacau seketika dan tolak ke tepi kuali.
Tuangkan telur dan biarkan seketika sehingga telur hampir mengeras, baru dikacau supaya telur akan berketul kasar. Saya tidak suka telur yang terlalu hancur.
Masukkan mee hoon yang telah direndam. Saya rendam semalaman dengan air sejuk sahaja.
Masukkan garam secukupnya dan kacau rata sehingga mee hoon kelihatan terbit minyak dan berkilat . Sesuaikan rasa.
Tabur daun bawang dan hirisan cili. Jika suka, boleh tabur bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.
Hi Kak Azie! Please get well soon. This meehoon is so basic but I know it is so sedap that I will end up eating two plates!
BalasPadamThank you my dear, Have not heard from you for quite sometime. Hope you are fine.
PadamHai kak zie semoga cepat sembuh...
BalasPadamAs Salam Kak Azie, nak tanya, kalau kita nak letak udang/ayam dlm meehoon nie, masa sebelum letak karoot ke?
BalasPadamWslm. Mana mana pun boleh sebab udang cepat masak. Karot lama sikit utk lembut.
PadamSy suka resepi azie. Tksih azie
BalasPadam