Kerabu Pucuk Paku Mudah dan Sedap
Itulah yang saya pernah tulis dahulu. Kalau setahun, tiada duit pun, masih boleh hidup dan boleh makan. Padi ditanam sendiri dan beras disimpan cukup untuk musim akan datang. Udang dan ikan boleh ditangkap sendiri di sungai belakang rumah. Sayur ditanam sendiri atau dicari di hutan berdekatan.
Ayam, kambing dan lembu juga dibela sendiri. Telur pula diambil dari itik yang dibela sendiri. Buah buahan seperti rambutan, nangka, jambu, kuinin, limau, nenas, mangga, bachang dikait dari dusun sendiri. Namakan sahaja, semua ada kecuali durian.
Ulam ulaman seperti petai, jering, pucuk gajus juga dipetik dari kebun sendiri. Kelapa juga dikait dari pokok pokok kelapa yang banyak di hadapan rumah. Serai, lengkuas, kunyit juga disemai dan ditanam sendiri di belakang rumah. Yang kena beli untuk memasak, mungkin garam dan gula sahaja kerana tidak boleh ditanam atau dicari.
Haa itulah pengalaman hidup saya sebagai anak kampung yang sangat indah dan berwarna warni. Kami hidup gembira dan bahagia macam orang lain juga. Kita tidak akan rasa kekurangan dengan apa yang kita tidak pernah miliki. Alhamdulillah kerana kini saya diberikan pula peluang untuk hidup dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan dahulu. Hidup seperti orang kaya walaupun bukan kaya. Makan gaji, mana boleh kaya. Cukup sekadar untuk merasa dan memakai apa yang orang golongan pertengahan pakai sahaja.
Cukup setakat itu dahulu sekarang kita masuk bab kerabu pucuk paku. Sangat sedap kerabu pucuk paku. Saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja. Saya juga ada kongsikan resepi kerabu pegaga untuk wanita dalam pantang sebelum ini di SINI. Cuma kali ini, menggunakan pucuk paku dan juga kelapa goreng.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ikat pucuk paku
1 mangkuk kecil kelapa parut
1 biji asam limau nipis - ambil jus
Sedikit ikan bilis
Garam
Gula
Bahan hiris:
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi hijau & merah
Cara cara:
Pucuk paku yang disiang dicelur dalam air panas mendidih sehingga lembut. Angkat, tos dan diperah airnya.
Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Tumbuk kasar dan ketepikan.
Ikan bilis digoreng tanpa minyak sehingga garing. Angkat dan tumbuk kasar. Ketepikan.
Masukkan bahan bahan hiris ke dalam mangkuk pucuk paku yang telah diperah airnya. kacau rata.
Masukkan pula kelapa goreng yang telah ditumbuk, garam, gula dan air perahan limau nipis secukupnya. Jika menggunakan ikan bilis, boleh masukkan ikan bilis. Nota: saya tak guna ikan bilis kerana anak saya masih berpantang dan tidak makan ikan bilis.
Kacau sehingga bergaul rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dinikmati.
1 biji asam limau nipis - ambil jus
Sedikit ikan bilis
Garam
Gula
Bahan hiris:
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi hijau & merah
Cara cara:
Pucuk paku yang disiang dicelur dalam air panas mendidih sehingga lembut. Angkat, tos dan diperah airnya.
Ikan bilis digoreng tanpa minyak sehingga garing. Angkat dan tumbuk kasar. Ketepikan.
Masukkan bahan bahan hiris ke dalam mangkuk pucuk paku yang telah diperah airnya. kacau rata.
Masukkan pula kelapa goreng yang telah ditumbuk, garam, gula dan air perahan limau nipis secukupnya. Jika menggunakan ikan bilis, boleh masukkan ikan bilis. Nota: saya tak guna ikan bilis kerana anak saya masih berpantang dan tidak makan ikan bilis.
kelapa goreng boleh ke ganti dengan kerisik?
BalasPadamguna kelapa goreng sahaja, bukan kerisik
Padam