Kangkung Kampung Goreng Belacan
Alhamdulillah kerana saya telah selamat menjalani pembedahan kecil di kaki bagi membetulkan tulang yang serpih dan juga urat yang terkoyak selepas terjatuh dan jatuh terjelepuk di laman depan rumah. Pada mulanya saya agak berbelah bahagi samada ingin melakukan pembedahan atau sekadar meletak simen.
Tapi bila mengalami kesakitan yang menyebabkan saya rasa seperti ingin menangis, saya redha dan menyerahkan segalanya pada Allah. Lucu mengingatkan ketakutan untuk melakukan pembedahan menyebabkan saya ragu ragu untuk naik ke katil bagi ditolak ke dewan pembedahan. Tapi setelah Hubby menenangkan, akhirnya saya naik katil dan mula beristighfar.
Pengajaran dari kes ini ialah manusia hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Kemalangan boleh berlaku bila bila masa sahaja. Sakit dan sihat juga diluar kuasa kita. Saya baru terlepas cakap yang saya dah lama tidak sakit sewaktu bersembang dengan rakan sekerja sehari sebelum kejadian.
Selepas ini saya perlu berhati hati bila melangkah. Baru saya ingat yang kaki saya pernah terpeleok tapi tidak jatuh. Walaupun sangat kesakitan namun saya tidak mendapat apa apa rawatan ketika itu. Hanya kini, baru saya sedar yang ianya ada memberi kesan kecederaan pada tulang saya yang dapat dilihat dari x-ray. Sekarang kita masuk bab resepi yang telah saya sediakan minggu lepas.
Saya beli sayur kangkung kampung dari pasangan suami isteri yang berniaga pisang dan sayuran kampung dengan menggunakan van setiap hari minggu di Seksyen 7 berdekatan dengan Pasaraya Suria. Saya memang suka membeli sayur sayuran dari peniaga seperti ini selain dari peniaga di pasar tani.
Harga lebih murah berbanding dengan harga di kedai runcit. Contoh, serai kalau dibeli di kedai runcit, 3 batang berharga lebih dari RM1 tapi kalau di pasar tani, boleh dapat 4 batang serai dengan harga RM1 sahaja. Begitu juga dengan daun kunyit. Memang boleh berboros boros menggunakan serai dalam masakan. Hahaha. Sangat berbaloi baloi.
Itu kalau bab sayuran kampung lah. Tapi kalau bahan bahan lain sama sahaja harganya. Saya beli 6 ekor ikan gelama dan 5 ekor ikan tauhu atau ikan aji aji, harganya RM53. Haa tu dia, jatuh berapa ringgit seekor ikan tu. Boleh tahan sangat lah mahalnya.
Berbalik pada sayur kangkung kampung, rupa sayur kangkung kampung memang berbeza dengan sayur kangkung biasa. Daunnya agak lebar lebar. Batang nya juga lembut. Macam mana nak tulis ya. Yang penting, sedap lah. Saya memang suka makan kangkung. Saya boleh makan kangkung yang dicelur atau digoreng sedikit seperti yang selalu dihidangkan bersama nasi lemak gitu gitu jer. Makan macam meratah ratah.
Kalau sebut sahaja kangkung, pasti masakan yang sinonim adalah kangkung goreng belacan. Walaupun alergi, hari ini saya mengelat dengan memasukkan juga sedikit belacan. Bila dah diletak belacan, Masya Allah semerbak bau bahan tumis di dapur. Kebetulan ada petai yang dah siap dikupas dalam peti ais, jadi saya masukkan lah sekali.
Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ikat sayur kangkung kampung
Sedikit petai
1/2 tangkai cili merah
Garam
Bahan tumbuk kasar:
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili api merah & hijau
Sedikit belacan
Sejemput ikan bilis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata.
Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung.
Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak.
Assalam Kak Azie,
BalasPadamSecara kebetulan pula, posting di blog sy juga hari ni Kangkung Goreng Belacan, hahaha. Betul tu, ratah-ratah pun sedap jer kangkung ni, memang fav sy skeluarga.
Cerita pasal kecederaan kak Azie tu, sy teringat bos sy bulan lepas, turun dari van nak melawat kwn yg sakit di hospital. Entah mcm mn masa turun tu, dia terjatuh dan terguling, tapak kaki pun ikut berpusing. Bila dia bangun, dia tengok buku lalinya berada di bahagian atas kaki (telapak bahagian atas) . Kerana ketakutan, dia cepat2 tolak buku lali tu pergi ke tempat asal. Phewww.. Lap peluh sy dgr ceritanya.
Apapun sy doakan Kak Azie cpt sembuh ya, Wassalam
Moga cepat sehat ya, Azie.
BalasPadamSalam,
BalasPadamkak allergi, ni kalau akak boleh makan sayuran sayuran rebus tanpa minyak dan daging dan udang belacan dsbnya dua tiga bulan.
minum air suam banyak banyak. minum juice sayuran hijaun termasuk celery dan peria katak. Basically jadi vegetarian kejap. protin makan la tahu dan tempeh.
tapi kena buat juice peria katak dan greens yang lain. so liver tu flush out all the toxicity.
lepas tu inshallah hilang gatal gatal
tapi tak la hundred percent but at least flush out..
detox it.
saya consultant suruh buat. tiga bulan makan sayuran aja no oil just boil and raw.
alhamdullillah lega lepas tu boleh slowly makan udang ikan dan sebagainya..
gradually.
Saya pun suka sangat goreng kangkung belacan.
BalasPadamAzhan: Memang best kangkung belacan.. kalau saya pergi kedai mkanan tomyam, saya pasti akan order sayur kangkung belacan ataupon kailan ikan masin.
BalasPadam