Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yang Sedap
Saya terfikir bagaimana jika saya di pejabat dengan keadaan seperti ini. Hmm tiada tempat saya berserah melainkan Allah. Jika saya benar benar sakit, biar sahaja Allah yang menjaga semua urusan saya. Saya tidak mahu menyesakkan kepala dengan memikirkan apa apa. Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin Allah. Kemalangan tidak berbau dan bukan diminta untuk sakit seperti ini. Pastilah ada hikmahNya yang saya tidak mengetahuinya. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita beralih pula bab masakan.
Resepi jantung pisang goreng cili padi ini disyor dan dikongsi oleh sahabat follower saya Puan Fatimah Ariffin yang dikatakan makanan anak kampung stail Kedah yang sangat sedap. Hakikatnya saya sangat bangga menjadi anak kampung yang dibesarkan di kampung. Sebagai anak kampung, kita juga mampu hidup senang jika kita rajin berusaha.
Sejak itu, saya menyalin dan menyimpan resepi yang diberikan. Cuma menunggu masa untuk membeli jantung pisang sahaja. Lagi pulak, pokok pokok pisang saya, tengah berbuah dan jantungnya baru sahaja dipotong. Jadi mahu tak mahu, terpaksalah meminta Encik Hubby ke Village Grocer untuk membeli jantung pisang.
Serius sangat sedap masakan ini. Jika suka pedas, boleh tambahkan lagi cili api dan gunakan cili api kampung. Saya suka rasa jantung pisang yang lembut lembut dan lemak lemak. Saya memang syorkan agar anda mencuba resepi ini. Pasti anda akan suka dengan rasa dan keenakannya.
Jom kita layan resepi yang digunakan hari ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Jantung Pisang Goreng Cili Padi
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 biji jantung pisang
5-7 ekor udang basah secukupnya - opsyenal
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Bahan tumbuk:
10-12 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
Cara cara:
Jantung pisang dibuang kulit tinggal yang putih. Belah dua dan dihiris nipis. Rendam dalam air garam selama lima minit. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan api sederhana sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan pula jantung pisang, sedikit serbuk kunyit, garam dan gula. Masak sampai jantung pisang lembut.
Nota:
Jika suka, masak hingga kering dan pecah minyak.
wahhh sedapnya nampak kak. boleh try ni. slalu jantung pisang celur atau buat masak lemak kuning je.
BalasPadam