Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ayam Kelantan

Gulai Ayam Kelantan

Saya tidak tahu dengan orang lain tapi saya lebih banyak mengingati detik sedih dan duka lebih dari detik gembira. Itu antara sebab mengapa saya hanya gemar mendengar lagu lagu sedih era 1980an. Saya bukan tidak pernah cuba untuk melupakannya tetapi detik detik kesakitan lalu sukar untuk dikuburkan. 

Tidak boleh membayangkan bila sekelip mata, saya seperti berada di alam mimpi. Badan menjadi lesu kaku dan fikiran seperti di awangan. Walaupun kini saya berbahagia dan disayangi, tetapi kesedihan ini akan dibawa bersama sehingga berakhir nyawa di badan.

Di saat saya menulis entri ini, saya memainkan berulang kali lagu Kenangan Lalu dan Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian Kumpulan Flybaits dan lagu Aku dan Kenangan nyanyian Kumpulan The Brain Connection menjadikan hati saya sangat sentimental di malam ulang tahun perkahwinan saya yang ke 31 tahun.    

Gulai Ayam Kelantan

Sekarang kita masuk pula topik masakan. Kalau di Kelantan, masakan seperti kari ayam dikenali sebagai gulai ayam. Cara penyediaannya sama sahaja. Cuma berbezanya gulai ayam menggunakan rempah gulai keluaran dari Kelantan. Biasanya kuah agak pekat bila dikacau. Rasanya pun tidak masam seperti mana kari di sini.

Saya percaya ramai anak Kelantan di perantauan akan kekal setia dengan rempah rempah gulai dan kari yang dibawa dari sana. Setiap kali balik, saya akan beli pelbagai serbuk rempah gulai, rempah kuzi dan kerutuk yang dijual secara timbang. Memang sangat sedap dan selamanya kena dengan tekak dan selera saya.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Gulai Ayam Kelantan

Gulai Ayam Kelantan

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa parut- santan
2 sudu besar membukit serbuk kari kampung
1-2 biji ubi kentang - opsyenal
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Kayu manis, bunga lawang
Gula Melaka
Gula
Garam

Bahan hiris:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan pula bahan bahan hiris dan tumis sehingga wangi. 

Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili masak. 

Masukkan serbuk kari dan kacau rata dengan cepat. Kemudian masukkan sedikit air. Tumis sehingga bahan tumis masak dan terbit minyak. 

Gulai Ayam Kelantan

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam agak agak kecut dan air ayam kering. 

Gulai Ayam Kelantan

Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih dan hampir terbit minyak. 

Gulai Ayam Kelantan

Masukkan pula gula Melaka, gula dan garam serta kerisik. Kacau rata. Perlahankan api dan renihkan sehingga kuah cantik dan tiada lagi buih buih kecil. Bolehlah ditutup api. 

Gulai Ayam Kelantan

Gulai Ayam Kelantan

Nota:
Boleh ceduk keluar minyak yang berlebihan.


12 ulasan for "Gulai Ayam Kelantan"

  1. Terima kAsih Kongsikan resipi. Siti pun suka gulai kelantan. Guna rempah kari Cap Orang Terbang. Memang rasa nya berbeza dengan rempah kari biasa yang lain. kalau di Selangor boleh la cuba dapat kan Rempah kari Cap Orang Terbang ni di pasar borong Selangor. :D

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Cik Puan, kentang tu benda yg accesories. Saya buat gulai ayam bukan gulai ubi kentang. Kalau rasa nak letak kentang, letak lah. Tak perlu kot tanya macam tu. Saya tak suka pun makan kentang, kalau suka letak lah

      Padam
    2. Maaf puan azie mungkin dia tengok dalam senarai bahan ada kentang tp tak ada dalam resepi, jadi mungkin keliru taktau bila kena masuk kentang. Maaf puan azie tak berniat apa2 sekadar melontar pandangan sy 😄 Terima kasih resepinya sy org kelantan. Moga diberi kebaikan pada setiap perkongsian puan azie. Terima kasihh ❤

      Padam
  3. Sy suka tiru resepi azie kitchen...mmng terbaik azie kitchen...terima kasih azie kitchen sudi kongsi resepi

    BalasPadam
  4. Resepi azie kitchen mmg pilihan saya...saya mmg belajar msak dr video2 azie kitchen..tqsm puan azie utk resepinya

    BalasPadam
  5. Sy suka ikut resepi kak azie . Kebanyakan resepi dari akk sy follow . Semua menjadi walaupun sy tak pandai sangat memasak . Terima kasih kak azie . Sy dari kelantan 😍

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bolehlah mencuba gulai ayam kelantan ni untuk kuah nasi kukus ayam berempah. Terima kasih kak sudi berkongsi ilmu

    BalasPadam