Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang
Hari ini saya menggunakan periuk baru yang diberi oleh @mybazaaruk jenama gastreaux (disebut gastro) yang bukan sahaja cantik tetapi sangat praktikal digunakan di dapur. Ianya tidak melekat menjadikan periuk cantik sahaja dari mula memasak sehingga siap memasak.
Hendak mencuci pun sangat mudah. Kalau rasa rasa malas, boleh jer dilap menggunakan tisu dapur. Hahaha tapi jangan lah malas malas ya. Saiz 32 cm pun sangat sesuai serta kedalamannya memang ngam untuk masakan berkuah seperti masak lemak saya hari ini. Hendak membuat pesanan, boleh masuk ke Instagram @mybazaaruk.
Bukan mahu memuji diri sendiri tapi saya rasa gulai masak lemak cili api saya hari ini, ya ampuun sangat sedap. Cukup lemak dan cukup pedasnya. Kuah pun berwarna kuning cantik.
Jom layan resepi masak lemak cili api Nogori yang saya gunakan hari ini. Boleh tengok cara penyediaannya dalam entri saya sebelum ini di SINI. Teknik memasak boleh menghasilkan keenakan masakan yang berbeza.
Jangan lupa subscribe Azie Kitchen channel untuk video penyediaan masakan di blog Azie Kitchen. Boleh klik di SINI. Selamat mencuba...
Jangan lupa subscribe Azie Kitchen channel untuk video penyediaan masakan di blog Azie Kitchen. Boleh klik di SINI. Selamat mencuba...
Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 biji kelapa parut - santan
1 biji kentang - potong kecil
1 batang serai - ketuk
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
1 keping asam keping
Garam
Bahan kisar:
20 tangkai cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak bersama serai yang diketuk sehingga cili agak kering.
Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau rata sehingga ayam kecut, baru dituangkan santan. Kacau rata sehingga santan mendidih. Nota: hendak lagi sedap, lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan seketika.
Setelah ayam masak dan kentang hampir empuk, masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukupnya. Masak lagi dengan api perlahan sehingga santan mendidih kecil dan tiada lagi buih buih dalam kuah.
Akhir sekali, tabur daun kunyit dan kacau. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.
Terima kasih Puan Azie kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap 😍. Saya baru berkahwin dan baru belajar masak. Suami sangat menyukai masakan saya.
BalasPadam