Sambal Tumis Telur Rebus Yang Tidak Pernah Menjemukan
Minggu ini saya balik dari pejabat agak lewat kerana seperti biasa hujung tahun adalah masa untuk membuat penilaian prestasi. Sebetulnya inilah saat yang paling saya tidak suka. Hmm bila di awal atau pertengahan tahun, kita akan dilambakkan dengan pelbagai tugasan. Tapi bila saat penilaian prestasi, masing masing mempersoalkan seolah tugasan diberi tidak berlaku atau tidak mahu diberi pengiktirafan. Pastinya yang pandai bercakap, akan menang.
Tapi apa yang saya peringatkan pada diri sendiri ialah supaya bertenang dan menyerahkannya pada Allah. Bukan menang atau kalah atau apa sahaja yang penting. Yang penting adalah redha. Hanya Dia yang menentukan segalanya. Semuanya jika hak kita, pasti akan kita miliki.
Memang tidak ada istilah keadilan pada manusia hatta kita sendiri juga tidak mampu berlaku adil. Jadi tak perlulah bergantung dan berharap pada manusia lain dalam bab rezeki. Cukup setakat ini coretan bab rezeki. Sekadar peringatan buat saya sendiri.
Sekali sekala bila kepala buntu memikirkan apa yang hendak dimakan atau lebih susah lagi, apa yang dimasak pasti saya akan teringat lauk pauk biasa seperti sambal tumis telur rebus. Saya akan menukar cara sambal disediakan dengan membuat sambal yang sedikit kering.
Tapi hari ini saya ingin kongsikan jika ingin menyediakan telur rebus goreng yang lembut, kena ikut petua ini. Hahaha saya pun baru juga belajar petuanya. Cara yang ditunjukkan oleh pembantu rumah anakanda saya. Wah memang sangat berbeza hasilnya.
Caranya ialah dengan memastikan minyak di dalam kuali betul betul panas. Panas sehingga kelihatan berasap. Jadi bila hendak memasukkan telur, mestilah menggunakan senduk yang panjang supaya minyak tidak terpercik ke tangan pula. Telur akan menjadi halus mulus. Boleh tengok di Azie Kitchen youtube channel untuk melihat cara ianya digoreng. Klik di SINI. Barulah kita dapat gambaran sebenarnya apa yang saya tulis.

Saya memang suka makan lauk pauk simple seperti ini dengan nasi putih panas panas. Gaulkan sambal dengan nasi dan makan dengan ulam timun atau kacang botol dan seketul ikan goreng pun telah memadai untuk membangkitkan selera makan.
Jom layan resepi dan jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Sambal Tumis Telur Rebus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 biji telur rebus
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 keping asam keping
Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kering kisar
Cara cara:
Panaskan minyak sehingga betul betul panas berasap, baru dimasukkan telur dan dikacau kacau. Dengan cara ini, telur akan menjadi lembut. Setelah masak sekata, angkat dan tos.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit gula dan kacau rata.
Kemudian masukkan garam dan asam keping. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng tadi. Ceduk keluar minyak yang berlebihan kerana menumis memerlukan minyak yang banyak.
Nota:
Minyak yang diceduk keluar sedap digunakan untuk membuat mee hoon goreng, nasi goreng atau menggoreng sayur sayuran.
Jika suka, boleh juga letakkan bawang besar hiris di akhir sekali dan masak sehingga bawang besar hampir layu sebelum ditutup api.
Sedap lauk ni auntie. Biasa kalau buntu tak tahu nak masak apa suami mesti mitak tumis telur macam ni.
BalasPadamBetul tu. Ada ketika saya buat buat telur mata dan buat sambal tumis
PadamTerima kasih kak azie untuk setiap resepi....semoga sihat walafiat..dan sentiasa dilimpahkan rezeki...
BalasPadamSedap
BalasPadamTq kak azie.. Dh bertahun saya follow resipi kak azie,terima kasih kerana sudi berkongsi resipi dan mengajar dr jauh
BalasPadamSmue resepi dri azie kitchen mmg padu boss!!
BalasPadamserius sgt...saya memang selalu ikut resepi kak azie...sangat kena dengan citarasa dan sangat mudah utk fahami...skrg ni sy lebih suka memasak dr makan di luar...terima kasih sangat2...minta halalkan ilmunya ye...
BalasPadam