Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Nostalgia

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Nostalgia

Teringat masa kecil di kampung, hidup biasa biasa dalam keadaan serba sederhana tapi hati gembira. Tidak tidur dalam kipas apalagi aircond tapi tetap sejuk nyaman dan lena hingga ke pagi. 

Makan pun nasi putih dengan ikan goreng dan kicap sahaja. Sedap dan kenyang. Nak makan apa pun, boleh cari di hutan. Sayuran atau buah buahan hutan. Tapi kini, keadaan tidak lagi seperti dulu. Makan serba mewah hidup serba mewah tapi hati tidak tenang. 

Bab persekitaran kerja pun boleh menggangu hati. Terutama bila ada rakan sekerja yang master dalam bab tai chi. Maklum 8 jam sehari kita berdepan dengan rakan sekerja. Dapat rakan sekerja yang baik dan boss yang faham akan kerja dan tanggungjawab adalah satu rezeki. Jika tidak, memang hari hari kena merawat hati dan beristighfar. 

Namun prinsip saya senang sahaja, setiap perbuatan pasti ada balasannya hatta sebesar zarah. Rezeki datang dari Allah. Apa yang perlu dicari adalah rezeki yang barakah, bukan yang banyak tapi tiada barakah. Jom tinggalkan bab politik pejabat, bukan sahaja di dalam kerajaan ada politik tapi juga di pejabat. 

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Nostalgia

Hari ini saya ingin kongsikan nasi goreng ikan goreng yang biasa dimasak kerana terdapat lebihan nasi semalaman, lebihan ikan goreng yang tidak habis malam sebelumnya. Orang zaman dulu tidak membazir kerana nak beli sepinggan nasi pun susah. 

Proses menghasilkan sepinggan nasi adalah peluh dan keringat kedua ibubapa saya berbulan lamanya di bawah terik mentari. Kalau pun ada nasi lebihan, akan dijadikan makanan ayam dan itik di bawah rumah. Kami berkongsi rezeki, bukan berebut rezeki.

Itulah sebabnya ibubapa saya hidup barakah, rezeki barakah kerana tidak ada istilah curi tulang dalam bekerja. Semuanya dari hasil tulang empat kerat sendiri. Jauh sekali nak tai chi kerana tiada siapa yang boleh dikulikan. Alhamdulillah, mereka meninggal juga dalam keadaan kematian yang baik baik.

Jom layan resepi nasi goreng yang cukup sedap dan sangat nostalgia. 


Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Nostalgia

Nasi Goreng Ikan Goreng

Bahan bahan:
1 mangkus nasi putih
2 ekor ikan goreng 
2 biji telur
Karot - atau petai, kacang botol atau apa yang disukai
Garam

Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 - 5 tangkai cili padi - boleh ganti dengan cili kisar juga

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan karot dan kacau seketika. 

Masukkan telur dan biarkan telur hampir mengeras baru dikacau supaya telur berketul kasar kasar. 

Masukkan nasi, ikan goreng yang telah diambil isinya dan sedikit garam. 

Kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Nota:
Jika guna cili kering kisar, kena pastikan cili ditumis sehingga masak dan terbit minyak. 



Catat Ulasan for "Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Nostalgia"