Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Putih Sayur Bayam

Masak Lemak Sayur Bayam

Masak lemak sayur bayam adalah antara sayuran yang boleh dimakan oleh wanita yang lepas menjalani pantang. Yang mana boleh, saya cuba ikuti juga tentang mana sayuran yang boleh dimakan dan yang tidak boleh walaupun anak saya telah pun mula bekerja selepas berpantang selama 45 hari.



Kali ini saya menyediakan masak lemak sayur bayam mengikut cara keluarga saya yang menggunakan ikan rebus atau ikan bakar. Selain itu, saya masukkan juga sedikit lada hitam yang ditumbuk bersama dengan bawang dan isi ikan. Hahaha tiba tiba terasa rindu nak makan masak lemak yang biasa dimakan sejak kecil dulu. Bila dah berhijrah ke sini, saya gunakan ikan bilis sahaja kerana mahu cepat.

Kalau dulu, arwah Bonda biasa menyediakan masak lemak putih ini menggunakan sayuran seperti timun, kacang panjang dengan putik jagung, terung dan petola. Semuanya sayur kampung yang ditanam sendiri. Saya tidak pernah makan kubis, bunga kubis,  karot atau sayuran bandar. Hmm seingat saya, memang tak pernah. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Masak Lemak Sayur Bayam

Masak Lemak Sayur Bayam

Bahan bahan:
2 ikat sayur bayam
1 tangkai cili merah
1 pek santan
Garam

Bahan tumbuk:
1 ekor ikan - rebus dan ambik isi
4 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam

Cara cara:
Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi. 

Masak Lemak Sayur Bayam

Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Kacau rata sehingga kuah mendidih. 

Masukkan bayam dan cili merah dan kacau sehingga sehingga sayur lembut. 

Masak Lemak Sayur Bayam

Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

1 ulasan for "Masak Lemak Putih Sayur Bayam"