Kenangan Manis Mengunjungi Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim
Seperti biasa hari minggu seperti hari ini, pagi pagi saya akan turun ke bawah mencari cucunda saya Ammar Yahya yang semakin besar dan berisi gebu sekarang ini. Tiba tiba terasa ingin mengajak Hubby ke Rumah Hutan Bonda Rozita, pengasas Jamu Ratu Malaya yang dulunya terkenal dengan produk Sendayu Tinggi. Sebagaimana yang ramai ketahui, beliau juga adalah Bonda kepada Dato Seri Aliff Syukri pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris.
Nasib baik Hubby tidak menolak. Jadi saya cepat cepat naik menukar pakaian dan turun. Memang terasa berat hati kalau hari minggu hendak ke mana mana kerana tidak mahu meninggalkan Ammar lama lama. Maklum, saya masih bekerja. Pastinya hari minggu pada saya adalah hari untuk diri sendiri dan keluarga. Hari saya berehat dari penat dan stress kerja pejabat yang tidak pernah habis habis dengan politik. Namun dek keinginan hendak makan ikan lunak, terpaksa juga saya keluar di hari minggu.
Agak jauh juga dari rumah kami dengan perjalanan memakan masa berjam juga. Akhirnya kami sampai di tempat di mana parking disediakan untuk pengunjung. Di pintu masuk, kelihatan 3 ekor babi hutan. Kali pertama melihat babi hutan sebenarnya. Hahaha jakun.
Kami tidak menunggu lama untuk naik kenderaan yang disediakan untuk membawa pengunjung dari tempat parking naik ke rumah hutan Bonda yang terletak di atas bukit. Sepanjang jalan saya mengagumi kegigihan Bonda Rozita menerokai hutan dan hidup dengan alam dan hutan rimba semulajadi. Pastinya saya berbeza di sini dengan beliau. Saya dibesarkan di kampung dan kini saya mahu hidup di bandar. Saya agak penakut berada di kawasan hutan rimba. Hatta di bandar juga saya masih takut untuk berada di luar rumah di waktu malam.
Sesampai di atas, kelihatan rumah Bonda Rozita yang memang sangat berseni pembinaannya. Rumah hutan terapi alam. Itulah namanya. Di sebelah bawah sedikit dari rumah itu, terletaknya warong Bonda. Rekaan dan hiasan warong ini sangat bercirikan tradisional dengan siling yang diperbuat dari anyaman yang kelihatan seperti buluh atau rotan.
Pesanan lauk pauk dibuat dengan Ajah di mana bayaran perlu dibuat selepas membuat pesanan. Saya memesan ikan lunak, ikan talapia bakar, 6 bakso dan 2 mee Bandung.
Bila makan sedap, pastinya teringat anak anak di rumah. Saya order lagi ikan lunak dan ikan talapia untuk dibawa balik. Sambal pencicahnya memang seriously sangat sedap sehingga Hubby mengatakan sedapnya sebaik suapan pertama.
Lama juga kami di situ kerana makan perlahan lahan bagi menikmati keenakan makanannya. Selepas makan, kami menikmati kopi ratu untuk saya dan kopi Badang untuk Hubby. Selain itu, teh O di warong itu juga sangat sedap. Saya membeli beberapa set kopi ratu untuk dibawa balik.
Ramai juga yang kali pertama ke situ seperti kami. Semuanya datang untuk menikmati ikan lunak dan ikan talapia bakar. Sebetulnya saya tidak suka ikan talapia atau apa apa ikan sungai. Tetapi ikan talapia di warong ini, tidak terasa seperti ikan sungai pun. Tak rasa langsung. Saya makan dengan penuh nikmat gitu. Selepas makan nasi, saya makan pula Bakso yang juga sangat sedap.
Sebelum saya bangun dari meja selepas semua yang dipesan telah siap, kelihatan Bonda Rozita tiba dengan kereta berwarna putih. Dari jauh saya melihat, kehebatan seorang wanita yang auranya terasa sehingga menyentuhi hati setiap pengunjung.
Nasib baik Bonda turun dari kereta dan bertemu dengan pengunjung yang mula mengerumuni beliau. Seperti biasa, ada yang ingin bersembang lama dengan Bonda walaupun ramai yang menunggu giliran untuk bergambar. Namun Bonda tetap meluangkan masa untuk menegur setiap pengunjung.
Alhamdulillah Bonda acknowleged saya bila saya memperkenalkan diri. Beliau memuji saya yang aktif dengan blog masakan. Itulah tandanya seorang yang hebat. Beliau akan membuat setiap orang rasa dihargai. Beliau sempat bertanya komen saya tentang ikan lunak. Bukan ingin memuji tetapi ianya adalah suatu masakan luar biasa yang kali pertama saya menikmatinya. Ada rasa seperti ikan terubuk juga. Ada juga rasa seperti ikan bakar yang saya pernah makan di Seoul. Bonda juga bertanya jika anak anak saya ada bersama. Saya memberitahu yang kami hanya datang berdua sahaja.
Selepas bergambar, saya mula menunggu kenderaan untuk turun ke tempat parking. Meninggalkan rumah hutan dengan kenangan tersangat indah walaupun agak kepenatan sebenarnya dengan perjalanan yang jauh. Yang pasti kenangan bertemu Bonda Rozita yang sangat anggun dengan penampilan dan personaliti yang mempersonakan adalah suatu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
Allahu...wanita-wanita hebat..
BalasPadamMenjamu selera sambil mendekati alam semesta.
salam kak..mahal tak mknn kat situ? kot nak bawak mak gi sana ke.. hhihiii
BalasPadamBagaimana dgn harga makanan disitu
BalasPadamSederhana sahaja. Saya hanya makan ikan lunak dan ikan bakar. Saya juga makan bakso
Padamsalam kak..camne nak booking utk stay kat situ yer
BalasPadamkak
BalasPadam