Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Saya telah melalui hampir segalanya. Alam bayi, alam kanak kanak yang kedua duanya memang saya tidak boleh ingat pun. Saya juga melalui zaman persekolahan, persekolahan menengah dan zaman universiti yang terindah. Saya melalui alam cinta monyet, suka duka alam percintaan, alam pertunangan dan perkahwinan yang semuanya indah. 

Saya juga melalui fasa menjadi seorang ibu dari mengandung, melahirkan dan membesarkan mereka. Kini saya pula menjalani fasa seorang nenek bila saya dikurniakan cucu sulong. Pengalaman menjaga anak anak sendiri sangat berbeza dengan menjaga cucu. Sangat berbeza. 

Begitu juga di alam pekerjaan, saya menjejakkan kaki di organisasi tempat saya bekerja sebagai seorang bekas pemegang biasiswa, sehingga kini menghampiri persaraan. 

Cuma yang belum saya lalui ialah alam tua dan alam barzah yang bermula dengan kematian. Ini yang saya fikirkan sekarang. Saya risau kalau hidup terleka dengan dunia. Setiap hari menyemai dosa dengan politik pejabat. Memang saya rasa tak sabar untuk bersara kerana mahu lari dari dosa di tempat kerja yang memang banyak. Penat pun ya juga. Kerja di esok hari tidak boleh dijangkakan. Tidak sama dengan apa yang dibuat pada hari ini. 

Saya hanya ingin bersedia untuk menghadapi alam di mana setiap kita pasti menempuhnya seperti mana orang orang terdahulu dari kita sedang mengalaminya. Saat kita bersendirian di dalam kubur. Bagi orang mukmin, kubur adalah tempat berehat yang panjang. 

Dunia adalah tempat mengumpul sebanyaknya pahala. Itu yang saya kuatir kerana amalan yang tidak tahu samada diterima atau tidak. Diharapkan apa yang saya kongsikan samada ilmu masakan dsb adalah sesuatu yang boleh memberi manafaat kepada saya suatu hari nanti bila saya telah tiada lagi di dunia ini. Mudah mudahan. Aameen.

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

OK hari ini saya ingin kongsikan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang menjadi kegemaran suami dan anak anak. Saya masak lebih kurang dengan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang sangat sedap di SINI. Bezanya kali ini saya masukkan halia dan bawang putih. Jangan ada mak cik Bawang yang sibuk nak mengomen, masak lemak cili api tak guna bawang dsb. 

Tak payah cakap pun, saya memang tahu. Tapi tak kan lah hanya orang Nogori jer boleh masak lemak cili api. Kalau tak nak guna cili kering, boleh guna cili api lah untuk pedas. Jadi dari ada yang tulis komen macam macam, saya namakan lauk saya hari ini sebagai Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen. Hahaha versi Azie Kitchen. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Yang penting saya masak lauk yang rasanya sedap dan disukai oleh suami dan anak anak saya. Tak kisahlah versi mana. Versi campak campak cara saya. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Bahan bahan;
1 ekor ayam - lumur garam & serbuk kunyit
Santan - dari 1 biji kelapa
2 tangkai serai - ketuk
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
1 keping asam keping
Garam

Bahan tumbuk:
7-8 tangkai cili api - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga mendidih dan masukkan ayam. Biarkan ayam kecut dan kulit ayam kelihatan sedikit kering. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Masukkan santan cair dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Masukkan asam keping. 

Bila ayam empuk, masukkan santan pekat. Masak hanya dalam 6-8 minit sahaja. Masukkan daun kunyit.

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Masukkan sedikit garam jika belum masin. Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil sehingga tiada buih buih dalam kuah.  

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen


Catat Ulasan for "Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen"