Udang Goreng Garam Kunyit
Hari ini adalah hari minggu yang agak padat buat saya. Pagi pagi kami ke Bandar Baru Nilai untuk menghadiri majlis pernikahan Faruq dan Aina, anak lelaki besan kami. Balik dari sana, kami singgah di Jakel Bandar Baru Bangi untuk mencari baju Melayu dan shawl untuk dipakai di majlis resepsi mereka esok.
Bila dah ke Jakel, memang tak tahan hati melihat sahaja. Lagi pulak Safarina ada bertugas di sana. Telah lama tidak beli kain pasang bercorak, jadi belilah sepasang. Dari sana, kami terus ke Puspanita Nuri Dewan Seri Endon untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Encik Johari. Agak lama juga kami di sana kerana ramai sahabat dan rakan sekerja yang ada ketika itu. Sementara ada sedikit mood untuk update blog, jadi saya ingin kongsikan lauk yang saya sediakan beberapa hari lalu.
Kalau sebelum ini saya sediakan Nasi Ayam Goreng Kunyit, kali ini saya sediakan Udang Goreng Garam Kunyit. Boleh klik di SINI untuk entri nasi ayam goreng kunyit serta cara cara membuat sambal.
Saya menyediakannya sebaik balik dari pejabat. Ketika itu hari telah menjelang malam dan hari hujan menjadikan cuaca sangat gelap. Gambar tidak cukup cahaya semulajadi. Tapi saya tetap mahu share di sini kerana lauk ini walaupun simple tapi sangat sedap dan tidak menghilangkan kemanisan semulajadi isi udang.

Sebetulnya bila memasak udang, yang perlu diingatkan ialah tidak boleh dimasak terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit sehingga udang kelihatan melengkung, dah boleh angkat. Jadi untuk lauk ini, boleh juga digoreng dahulu sayur sayuran sehingga sayuran hampir lembut, baru dimasukkan udang. Kacau sehingga udang masak dan angkat semua sekali dengan sayuran.
Atau ikut cara saya di bawah, di mana saya goreng udang dulu, angkat dan tos. Kemudian goreng pula sayuran, lepas itu baru dicampurkan kedua duanya. Mana mana pun boleh. Kalau saya, memang tidak tambah apa apa lagi seperti garam ke kerana memang dah secukup rasa dengan garam dan serbuk kunyit yang dilumur pada udang. Tapi jika belum secukup rasa, bolehlah tambah garam atau serbuk perasa.

Jom layan cara menyediakannya di bawah. Lauk ini memang sedap dimakan dengan sambal dan kicap. Gaul dengan nasi putih panas panas. Tak perlu lauk pauk lain lagi.
Udang Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan;
Udang
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Sayuran:
10 batang kacang panjang
1/2-1 biji bawang besar Holland - hiris memanjang
1 batang karot - hiris memanjang
1 tangkai cili merah
Bahan lain:
Kicap
Sambal - lihat entri di SINI
Cara cara:
Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata. Kemudian tabur tepung jagung dan gaul rata.
Panaskan minyak yang banyak (kalau boleh minyak yang menenggelamkan udang) dan dan goreng udang sehingga agak masak. Angkat dan tos. Masukkan pula bahan sayuran dan goreng sehingga ianya lembut. Angkat dan tos.
Satukan udang dan sayuran yang telah digoreng. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga digorengkan sayur sayuran dulu sehingga hampir lembut, baru dimasukkan udang. Kacau sehingga udang masak, dan angkat semua sekali.

Catat Ulasan for "Udang Goreng Garam Kunyit"
Add your comment