Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kota Bharu Penuh Kenangan


Kali ini saya ingin menyambung catatan perjalanan JJCM pada hari kedua di Kota Bharu. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Pagi pagi lagi kami turun bersarapan di restoran hotel kerana kami mahu check out lebih awal. Saya memilih nasi dagang dengan lauk ikan tongkol sahaja. 

Sementara yang lain naik berehat di bilik sehingga waktu check out, saya dan Hubby telah ke Maybank di bandar Kota Bharu. Mungkin sebab masih awal pagi, jalan belum sesak. Jadi kami telah mencari lokasi Kopitiam Kita kerana bila di waze, lokasi yang dibawa adalah berbeza dengan Kopitiam Kita yang pernah kami kunjungi. 

Nama pun Kopitiam Kita Sri Cemerlang. Ramai juga orang di situ, mungkin mereka juga berpandukan pada waze yang mengelirukan. Setiap kali hendak ke sini, memang setiap kali itu juga kami akan berpusing pusing mencari lokasinya. 

Oleh kerana masih tidak dapat menemuinya dalam waze, Mr Wong owner Kopitiam Kita terpaksa meminta kami menunggu di tepi jalan sehingga dia datang membawa kami ke kopitiam mereka. Wah sangat sesak kenderaan menuju ke kopitiam mereka ketika itu sehingga ke jalan besar.

Selepas check out dari hotel, kami kemudian menuju ke pasar Siti Khadijah tetapi jalan sangat lah sesak sehingga kami terpaksa membuat perubahan dengan terus menuju ke Kopitiam Kita. Masa untuk keluar dari bandar Kota Bharu sangat lama. 

Akhirnya kami sampai di Kopitiam Kita di mana owner Mr Wong telah menyediakan kami bilik VIP yang menpunyai aircond. Tetapi kami memilih untuk duduk di luar sahaja kerana ingin menikmati suasana kopitiam yang sebenar. Mr Wong rajin melayan kami dengan bergambar dan juga kongsikan video isteri seorang VVIP yang pernah mengunjungi kopitiam beliau bersama rombongan. 


Kami memesan roti titab dan juga roti goreng dengan telur. Saya juga membawa balik beberapa bungkus nasi berlauk dan juga nasi Kak Wok untuk anak kami Aween yang tidak mahu ikut ke KB. 


Selepas makan, kami terus ke airport. Sesampai di sana, saya seperti biasa mesti singgah dan membeli telekung di kedai yang menjual telekung Siti Khadijah. Penerbangan pukul 2.50 petang. Jadi kami menunaikan solat terlebih dahulu di surau airport. 


Alhamdulillah kerana selamat sampai di KLIA terminal 2 hampir pukul 5 petang. Cuaca semasa dalam penerbangan sangat buruk sehingga ramai penumpang yang agak cemas. 

Di terminal, kami singgah membeli sedikit coklat untuk dibawa balik. Terus ke tempat parking dan balik ke rumah. Sampai di rumah hampir pukul 8.00 malam. Berakhirnya perjalanan singkat yang sangat mengembirakan. Perjalanan JJCM yang dirancang dalam waktu yang singkat dan di saat akhir.  


1 ulasan for "Kota Bharu Penuh Kenangan"