Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Merah Masak Singgang Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Merah Masak Singgang Lauk Wanita Dalam Pantang

Masa sangat pantas berlalu. Lagi dua hari, cucu saya Ammar Yahya akan cukup 1 bulan. Melihat beliau seharian, tidak terasa perbezaan dan pergerakan masa. Namun bila dibelek gambar gambar dari jam pertama dilahirkan sehingga ke hari ini, baru jelas kelihatan peredaran masa. Kegembiraan menimang cucu, menjadikan saya sentiasa dalam keterujaan sehingga tidak menyedari masa berlalu dengan begitu pantas.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" - Surah Al-Asr:1-3. Mereka yang berakal akan mengambil iktibar dari ayat ini untuk segera membebaskan diri dari kerugian dengan menghiaskan diri dengan 4 perkara yang disebut dalam ayat itu. Saya antara orang yang banyak menyesali masa silam kerana tidak banyak berbakti dan berbuat kebaikan pada kedua ibubapa di saat mereka masih hidup. 

Namun selagi kita masih hidup, kita masih boleh berbuat kebaikan kepada ibubapa yang telah meninggal dunia dengan berbuat sebanyaknya kebaikan dan mendoakan mereka. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim). Jadi kepada mereka yang masih menpunyai ibubapa, hendaklah berbuat kebaikan kepada mereka dengan mendoakan ibubapa yang telah meninggal. 

Ikan Merah Masak Singgang Lauk Wanita Dalam Pantang

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi lauk wanita dalam pantang iaitu Ikan Masak Singgang. Setelah hampir sebulan, bolehlah tukar menu dari ikan kepada daging seperti daging masak singgang atau daging sup. 

Bahan bahan untuk memasak lauk wanita dalam pantang hampir sama sahaja iaitu banyakkan penggunaan bawang besar Holland, halia, kunyit, serai dan juga lada hitam. Untuk menambah perisa, bolehlah diletakkan bahan lain seperti daun kunyit dsb. 

Jom bagi wanita yang akan menjalani pantang atau emak emak yang akan memasak untuk anak anak ketika dalam pantang, bolehlah mulai menyalin resepi di bawah ini dan resepi lain yang saya letak label lauk dalam pantang. Semoga bermanafaat dan selamat mencuba...


Ikan Merah Masak Singgang Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Merah Masak Singgang

Bahan bahan:
2 keping ikan merah
1 biji bawang besar Holland - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 helai daun kunyit
1 inci halia  - hiris
3 hiris lengkuas hiris
1 serai - ketuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2-3 keping asam keping
Garam
Gula

Cara cara:
Masukkan semua sekali bahan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.

Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula secukupnya.

Sedia untuk dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Ikan Merah Masak Singgang Lauk Wanita Dalam Pantang"