Siakap Kengsom Yang Mudah Dan Sedap
Ujian di dalam kehidupan adalah perkara biasa. Tiada manusia yang tidak diuji. Ujian juga menentukan kekuatan dalaman sebenar diri seseorang. Begitu juga dengan saya. Hidup saya tidak pernah lekang dengan ujian samada besar atau kecil. Ujian menjadikan hidup kita lebih berwarna warni dan menarik.
Jadinya di saat ini, saya seperti ingin pergi membawa diri jauh jauh. Tetapi saya pun tak tahu di mana yang boleh memberikan ketenangan dalam arti kata sebenarnya. Semuanya samada kegembiraan atau kesedihan hanya bersifat sementara. Semoga saya akan tetap sabar dan tabah menghadapi hari hari mendatang. Insya Allah. OK sekarang kita masuk pula bab resepi hari ini iaitu ikan siakap kengsom.
Siakap Kengsom atau dipanggil juga Asam Pedas Siam memang sangat sinonim dengan masakan Thailand. Memang pun resepi dari Thailand. Sedap kerana rasanya yang masam masin dan manis.
Saya pernah makan Asam Pedas Thai ini ketika di Perlis. Rasanya sangat sedap sehingga sesampai sahaja di KLIA, saya gelisah sekali dok menelefon adik yang berniaga di gerai tempat saya makan untuk mendapat resepi.
Serious memang sedap. Boleh klik di SINI untuk baca entri Asam Pedas Siam tersebut. Resepinya tidak sama dengan resepi yang saya gunakan hari ini. Anda boleh mencuba kedua duanya sekali.

Selain ikan siakap, sedap juga jika digunakan ikan pari atau ikan merah. Tetapi kuahnya perlulah dimasak sedikit pekat. Baru ummp giteww.
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....
Siakap Kengsom
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai - ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar - sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Nanti boleh cuba tq
BalasPadamAssalamualaikum kak azie.
BalasPadamSy dah cuba resepi ini.sedap sgt.
Kena dengan tekak sy dan suami.
Terima kasih kak azie kongsi rezeki.
thx for sharing this receipe ;)
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamTak letak nenas boleh tak???nenas takde pulok
Resepi simple. 30 minit dah siap. 1st time Cuba.
BalasPadam