Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Cek Mek Molek Juadah Berbuka Puasa Hari Arafah

Kuih Cek Mek Molek

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua follower blog Azie Kitchen. Selamat mengerjakan ibadah Korban. Ibadah yang sangat dituntut untuk kita melakukannya setiap tahun selagi hayat dikandung badan kepada yang berkemampuan. 

Pastinya hari ini, wanita dan kaum ibu sibuk di dapur memasak juadah untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang selepas solat sunat Hari raya Aidil Adha. OK hari ini saya ingin kongsikan kuih yang saya sediakan untuk berbuka semalam. 

Ini adalah antara kuih yang saya pelajari dan sediakan sejak kecil kerana kuih ini sangat sinonim dengan orang kampung. Ubi keledek ini hanya ditanam sendiri. Selain dibuat kuih cek mek molek, ubi keledek biasanya direbus dan dimakan begitu sahaja. 

Walaupun saya selalu menyediakannya namum banyak kali juga saya fail. Semuanya dek kerana mahu menghasilkan cek mek molek yang nipis. Akibatnya kuih pecah dan air gula meleleh keluar. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Kuih Cek Mek Molek

Tips untuk menjadikan cek mek molek yang cantik ialah dengan memastikan ketebalan kulit yang sederhana supaya ianya tidak pecah. Goreng dengan api perlahan supaya gula akan hancur menjadi air gula. 

Hari ini saya menyediakan kuih cek mek molek dalam keadaan tergesa gesa kerana saya mahu merakamkan video sebelum hari gelap. Saya makan kuih cek mek ini ketika berbuka puasa. Hari ini ramai yang berpuasa Hari Arafah kerana ianya dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Aameen. Mudah mudahan kita semua mendapat pengampunan Allah akan segala dosa dosa yang telah kita lakukan. 

Oleh kerana saya mahu kongsikan resepi, jadi saya menyukat dan menimbang ubi keledek dan tepung yang saya gunakan. Itu sebab sukatannya macam odd sikit. Saya guna 537 gram keledek dan menggunakan 1 1/4 cawan tepung gandum. 

Tapi anda bolehlah mengurangkan atau menambah tepung mengikut citarasa anda sendiri. Ianya sekadar panduan sahaja. Sebab ia juga bergantung kepada jenis ubi keledek. Sekarang ini, trend orang memasukkan 1 sudu besar mentega ke dalam adunan. Saya belum pernah cuba kerana tekak saya rindukan kuih yang pernah saya nikmati waktu di kampung dulu. 

Oleh kerana tersangat sedap, saya makan 4-5 ketul sekali hadap. Hanya makan kuih ni untuk berbuka. Makan hingga kekenyangan gitu.  Hahaha serious sedap. Atau agaknya sebab berpuasa kot, itu yang makan tak pandang orang keliling. 

Jom layan resepi yang saya guna dan saya sukat untuk panduan follower saya yang baru baru berjinak dengan dapur. Video juga tersedia di youtube Azie Kitchen channel di SINI sebagai panduan. 

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek

Bahan bahan:
537 gram ubi keledek - guna keledek warna oren
1 1/4 cawan tepung gandum
Gula pasir secukupnya

Cara cara:
Rebus ubi hingga empuk. Sejukkan. Siat kulit dan tumbuk hingga hancur. 

Kuih Cek Mek Molek

Satukan dengan tepung gandum dan gaul sebati. Bulat bulatkan adunan agak agak sebesar bola golf supaya kuih sama saiz. 

Kuih Cek Mek Molek

Ambik satu adunan dileper dan dibentuk memanjang. Masukkan gula secukupnya dan tutup adunan dengan kemas supaya air gula tidak keluar. 

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan berwarna keemasan. Angkat dan tos. 

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek

Nota:
Jika 225 gm ubi keledek, saya guna 1/2 cawan tepung gandum. 


Catat Ulasan for "Kuih Cek Mek Molek Juadah Berbuka Puasa Hari Arafah"