Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Udang Yang Mudah dan Sedap

Sambal Udang

Sebelum masuk bab resepi saya hari ini iaitu Sambal Udang, saya terpanggil untuk menulis berkenaan tipu daya dan fitnah dunia akhir zaman. Ada orang menulis komen pada saya meminta saya menggunakan otak dengan betul. Aduhaai... Pada saya orang yang menulis itu tidak mengetahui apa yang saya ketahui. 

Dunia akhir zaman yang mana fitnah berleluasa. Apa yang benar dikatakan fitnah dan apa yang fitnah dikatakan benar. Kenapa semua ini berlaku? Kerana adanya syaitan yang sentiasa menghasut untuk melihat yang hitam sebagai putih. Untuk melihat racun sebagai madu. Itu sebab kata ustaz, di bulan Ramadhan, mudah untuk melakukan kebaikan kerana syaitan telah dirantai. 

Kerja syaitan juga untuk membuatkan manusia terus berbuat kemunafikan dan tidak merasa apa apa akan dosa yang dilakukan. Malahan si munafik tidak menpunyai rasa malu untuk terus berpura pura seolah tiada apa yang harus dimalukan. Kerja syaitan tidak akan berakhir sehingga ke saat akhir nyawa anak Adam hendak meninggalkan jasad. Jadi sama sama lah jaga iman kita supaya sentiasa teguh untuk menilai baik buruk akan sesuatu. Jangan seperti cerita Bujang Lapuk lakonan Allahyarham P Ramlee, walaupun dikatakan, tetap dikata cobaa an, ditunjukkan di depan mata juga, masih dikatakan cobaa an. 

Dunia akhir zaman juga fitnah tersebar menggunakan jari jemari, bukan melalui mulut. Tersebar dengan cepat pantas sehingga meliputi beribu hatta berjuta orang dalam masa yang singkat. Bayangkan jika apa yang diperkatakan tidak benar, kita telah berjaya menyebarkan fitnah kepada berjuta mungkin beratus juta orang. Teknologi mungkin menggantikan peranan syaitan dalam hal ini. Akaun facebook, Instagram dan blog dibuat sebagai alat menyebarkan fitnah. 

Sekarang kita masuk bab resepi pula iaitu Sambal Udang yang disediakan agak kering kering kerana tak mahu masak sambal tumis udang yang biasa dimasak. Sambal udang ala ala Udang Masak Berlado. 

Sambal Udang

Saya menggunakan cili kisar dari @seafoodelivery yang memang elok pekatnya. Walaupun guna hanya 2 setengah sudu, dah nampak macam guna 3 sudu banyaknya. Bukan sahaja cili kisar tapi udang juga yang dihantar oleh Farah dari seafoodelivery. Memang udangnya sangat segar walaupun dah 2 hari disimpan dalam peti sejuk. 

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan lauk sambal udang di bawah ini. Juga layan video di azie kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..

Sambal Udang

Sambal Udang

Bahan bahan:
1/2 kg udang
3 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 keping asam keping
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga bawang wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak dan terbit minyak. 

Sambal Udang

Masukkan sedikit sahaja air kerana kita mahukan sambal yang pekat. Setelah terbit minyak, masukkan udang dan kacau rata. 

Sambal Udang

Sambal Udang

Masukkan asam keping, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris. Kacau sehingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Sambal Udang


2 ulasan for "Sambal Udang Yang Mudah dan Sedap"

  1. Alhamdulillah 💞
    Terima kasih. Sedap Dan ringkas. Campak campak aje....tapi sambil BERSALAWAt. Fuyooo sodappp. Alhamdulillah 💞💞

    BalasPadam