Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop
Hari ini ingin kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Melaka tapi sebelum itu, meh kita citer citer tentang ragam manusia dan kehidupan. Pernah tak kita mendengar orang memperkatakan tentang sesuatu negatif terhadap seseorang. Tentu sesuatu yang sangat biasa didengarkan? Namun ada juga orang memperkatakan sesuatu yang positif, walaupun mereka telah meninggal dunia.
Jadi kesimpulan, dalam hidup jangan terlalu cerewet sehingga menimbulkan kejengkelan di hati orang lain. Terutama boss atau ketua ketua jabatan di pejabat. Ketika anda masih memegang jawatan, mungkin orang masih boleh bermanis manis muka menghormati anda tapi bayangkan bila anda tiada lagi di kedudukan tersebut. Sebut sahaja nama, keburukan atau sifat buruk atau segala cerewet akan diperkatakan. Diperkatakan kepada perkara negatif yang tidak memberi pahala. Alangkah ruginya.
Semasa hayat masih dikandung badan, berbuatlah kebaikan tinggalkan nama yang baik supaya dikenangkan akan segala yang baik baik sahaja. Hidup bukan untuk menongkat langit. Jadi buatlah penilaian apakah sikap kita tersebut lebih menjurus kepada dosa atau pahala.
Bekerja dengan penuh dedikasi adalah dituntut tetapi tidak bermakna sesuka hati boleh menyakiti, menyusahkan dan membuli. Saya merujuk kisah sebenar yang berlaku di sekeliling saya. Hmm fikir fikirkan. Jom sekarang masuk bab resepi pula.
Oleh kerana resepi hari ini adalah berasaskan ikan bilis, jadi nak share sedikit berkenaan ikan bilis yang saya baca dari website. Saya kongsikan pula di sini untuk manafaat semua. Sebaiknya pilih ikan bilis berkualiti, lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya.
Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak. Ikan bilis sebaiknya jangan dibasuh lama, sekadar dibasuh manja sejurus sebelum ianya digoreng bagi mengelakkan ianya liat dan lambat garing.
Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak. Ikan bilis sebaiknya jangan dibasuh lama, sekadar dibasuh manja sejurus sebelum ianya digoreng bagi mengelakkan ianya liat dan lambat garing.
Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah panas sepenuhnya. Apabila menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup.
Juga, elak menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis. Kalau ianya digoreng sempurna hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan.
Juga, elak menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis. Kalau ianya digoreng sempurna hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing
1/2 mangkuk cili padi
5 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam
3 sudu besar gula atau secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng bahan kisar sehingga kering.
Masukkan asam keping, garam dan gula. Gula kena banyak sebab nak mengurangkan pedasnya. Kacau rata rata.
Bila telah kering, tutup api dan biarkan sambal telah sejuk supaya ikan bilis kekal rangup.
Nota:
Sedap juga dicicah dengan roti.
Gula kena banyak supaya rasa pedas dan manis.
Sedapnya sambal ikan bilis.. lauk paling ohsem ini..
BalasPadamkalau makan dgn nasi panas ni...mmg sedap...
BalasPadamagak2 berapa hari boleh tahan
BalasPadamBoleh tahan berminggu juga. Biasanya cepat jer habis
Padam