Masak Kicap Pedas Ikan Tenggiri Mudah dan Sedap
Alhamdulillah, setelah lebih lapan bulan diuji, akhirnya Allah menunjukkan jalan yang benar. Saya diberikan jawapan kepada segala persoalan yang selama ini bermain dibenak fikiran. Walaupun ianya masih belum selesai, sekurangnya, saya tahu dan bersedia untuk fasa seterusnya.
Masih teringat detik sedih itu saat saya masih bercuti di London dengan suami dan anak anak. Saya sungguh tertekan dan bersedih ketika itu. Bukan sahaja saya tapi suami dan anak anak juga merasakan kesedihan yang saya alami. Saya yakin kebenaran pasti akan ditunjukkan. Jika sakit jika susah, tidak selamanya sakit dan susah. Jika gembira juga tidak selamanya gembira. Baru lah hidup lebih berwarna warni dan menarik. Itulah antara nasihat dari seorang yang saya anggap sahabat.
Saya teringat kata kata seorang ustaz semasa tazkirah Zohor di surau tempat saya bekerja. Katanya, jangan risau lah bab rezeki kerana semuanya telah ditentukan Allah. Tiada siapa boleh mengambil jika sesuatu itu adalah hak kita.
Namun sebagai insan yang lemah, adakalanya saya sangat sedih. Tapi bila diingatkan balik, pesanan demi pesanan dari ustaz dan kuliah kuliah, hati kembali tenang. Mengingati Allah, akan menjadikan hati lebih tenang. Kita digalakkan beristighfar kerana semua masalah boleh diatasi dengan hanya satu jalan iaitu berisitghfar.

Saya tahu resepi masak kicap ini adalah resepi biasa yang ramai orang pandai memasaknya. Tetapi ianya mungkin bermanafaat kepada mereka yang baru baru ke dapur atau pelajar pelajar Malaysia di luar negara yang jauh dari keluarga yang perlu memasak sendiri. Jadi saya tetap kongsikan resepi mudah dan sedap ini.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...
Masak Kicap Pedas Ikan Tenggiri
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan tenggiri - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah
4 helai daun limau purut
4 tangkai cili padi
1-2 sudu besar cili kisar
Garam
Kicap manis
2 batang kulit kayu manis
Bahan Kisar:
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar sehingga garing kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Masukkan air dan biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan air secukupnya dan kicap. Biarkan mendidih.
Masukkan daun limau purut dan ikan yang telah digoreng. Perlahankan api biarkan sehingga ianya sebati.
Masukkan cili merah, cili padi, bawang besar dan garam secukup rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Catat Ulasan for "Masak Kicap Pedas Ikan Tenggiri Mudah dan Sedap"
Add your comment