Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Sumbat

Ikan Cencaru Sumbat

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ada perkara yang kita mohon dari Allah, terasa seolah Allah tidak akan memperkenannya. Terasa seolah tidak mungkin, untuk ianya akan dikabulkan dalam masa terdekat. Namun saya tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa dan menadah tangan. 

Tanpa diduga Allah memperkenankan 3 kehendak dan doa saya sekali gus. Maka nikmat manakah yang hendak engkau dustakan? Bukan kah tidak terhitung Allah memberikan nikmat dan kurniaanNya? 

Pengajaran, dalam hidup jangan berbuat zalim atau aniayai pada orang lain kerana doa orang yang dizalimi tiada hijabnya dengan Allah. Kadang kadang kita lupa saat kita menzalimi, dosa telah tercatat. 

Kita akan melihatnya tat kala nyawa hampir meninggalkan jasad. Tat kala hijab mata diangkat ketika kita berada di dua alam. Alam dunia tapi mata memandang alam ghaib. Kita akan terkejut melihat sekecil kecil dosa ada tercatat, apalagi dosa melibatkan penganiayaan kepada orang lain. 

Saya tidak menulis sebarangan, saya mendengarnya berulang kali ceramah Ustaz Jafri di youtube ketika saya memerlukan ketenangan. Secara terus terang, saya banyak kali teraniayai dan dianiayai. Namun saya menyerahkannya untuk Allah uruskan. Saya yakin akan hari pengadilan yang seadil adilnya. 

Pangkat dan jawatan adalah amanah berat yang harus dipikul yang akan dipertanggungjawab setelah kita dibangkitkan. Jadi jangan lah berbangga sehingga melupakan batas batas. Apakah ada antara kita yakin yang dia akan hidup lama lagi dan punya masa untuk bertaubat? Jangan cakap akak tak payung. Hahaha

Sekarang kita masuk sedikit bab resepi. Ada pelbagai cara dan versi ikan sumbat. Ada yang menggunakan cili hidup dan ada yang menggunakan cili kering. Ada yang menggunakan sambal yang ditumbuk mentah dan ada yang menggoreng sambal terlebih dahulu. 

Ada pulak yang menggoreng ikan dengan bahagian ikan yang terbelah, diletakkan sebiji bawang merah supaya bahagian terbelah belakang kekal terbuka. Sambal yang dimasak disumbat selepas ikan digoreng. Semuanyanya pun OK. Jika ada masa cuba kesemua cara supaya menpunyai pelbagai variasi. Jangan pulak mengkritik cara orang lain. Lain orang lain pulak cara penyediaannya, selera pun lain lain kan?

Jom layan resepi ikan cencaru sumbat saya hari ini yang lain dari yang saya sediakan sebelum ini. Boleh klik di SINI untuk cencaru sumbat versi bakar. Di SINI dan di SINI versi goreng. Saya memang suka bereksperimen dengan cara, tips dan teknik teknik baru yang saya pelajari dari alam maya. Jangan lupa tonton video di Azie Kitchen youtube channel di SINI.


Ikan Cencaru Sumbat

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan bahan:
2 ekor ikan Cencaru - belah kedua dua 
1/2 sudu kecil pes asam jawa
Garam

Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara cara:
Kisar bahan bahan di atas dengan sedikit air. Satukan bahan kisar dengan pes asam jawa dan garam. Kacau rata.  

Ikan Cencaru Sumbat

Masukkan sambal ke dalam badan ikan dan juga bahagian perutnya sekali. Kalau sambal terkeluar pun tak apa. Itu yang menjadikannya lebih sedap.

Ikan Cencaru Sumbat

Panaskan kuali leper. Masukkan minyak ke dalam kuali. Minyak sedikit sahaja. Dibalikkan. 

Ikan Cencaru Sumbat


11 ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat"

  1. Assalamualaikum pn azie..sy yus..sy selalu jadikan resepi pn sbgai rujukan sy..resepi apam gula hangus sy guna utk wat bisnes kecil-kecilan..minta halalkn ye pn..smoga khidupn pn n family slalu diberkati..t.kasih jugk sbb bnyk share ilmu yg brmanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Aameen. Semoga berjaya

      Padam
    2. btl kan.....sy mst google jek resipi n cari azie kitchen...semua menjadi...seronok

      Padam
  2. aduh sedapnya kak Azie.. tengah nak buat ni 😘

    BalasPadam
  3. Saya selalu follow resepi dr blog k.azie ni sejak sy kawen sampai dah anak satu ni.. Banyak membantu ketika di dapur. Suka juga baca intro k.azie sebelum cerita bab resepi. Very inspiring.. Actually k.azie ni kerja apa ye?

    BalasPadam
  4. Salam puan. Sy selalu gunakan resepi puan. Alhamdulillah menjadi kesemuanya. Juga, suka baca tazkirah pendek yg diselitkan. Menyentap hati bila satu2 ayat tu mmg kena btg hidung sendiri. Jazakumullah khairan khatira atas resepi dan perkongsian. Minta dihalalkan dan semoga hidup puan sekeluarga lebih diberkati dan dirahmati Yang Esa. Tmksh.

    BalasPadam
  5. Saya pun selalu follow masakan kak azie, kalau nak masak mesti tgk resepi kat sini...simple dan sedap, dah banyak resepi saya dah cuba..tq kak azie

    BalasPadam
  6. puasa2 ni teringt dekat arwah nenek.arwah suka masak lauk ni tp tula kt cucu slalu alpa xnk blje msk dgn nenek.bila skrg rindu nk mkn dh lupa resepi.tp sy mmg ape2 follow resepi akk alhamdulillah semua menjadi.senang dan mudah.sebab nk igt balik resepi arwah nenek mmg xigt.

    BalasPadam
  7. Assalam pn Azie...akak suka resepi2 yg puan share kan..kebanyakkan akak dh cuba dan jadi. Terima kasih Teruskan dengan resepi2 lagi.

    BalasPadam
  8. Kak Azie kalau bakar boleh ke?

    BalasPadam