Daging Tetel Masak Black Pepper Yang Sangat Sedap
Petikan kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad Hadis berkenaan 3 amalan di bulan Ramadhan yang kita lakukan di bulan Ramadhan tapi habis Ramadhan, kita tinggalkan. 3 amalan ini yang menjadi benteng untuk kita dari api neraka. Hanya mereka yang dipilih Allah sahaja akan meneruskan amalan tersebut. Apakah amalan itu?
- Puasa sunat. Puasa adalah benteng dari api meeaka. Hadis riwayat Ahmad, puasa merupakan perisai dari api neraka. Habis Ramadhan tak diteruskan dengan puasa sunat. Secara berkala atau berterusan. Setiap bulan iaitu 3 hari setiap bulan 13-15 bulan Hijrah atau Isnin dan Khamis atau selang sehari. Kedua lazimi puasa berkala berkait dengan hari atau bulan tertentu. Cth puasa 6 Syawal. Puasa hari Arafah dsb.
- Membaca Al Quran. Lepas Ramadhan, tak diteruskan amalan membaca Al Quran. Al Quran juga adalah benteng dari api neraka. Hadis riwayat At Tabarani Rasulullah bersabda, sekiranya Al Quran ditulis pada kulit, sudah pasti ia tidak dimakan oleh api. Ianya memberi maksud, bahawa sesiapa membaca dan beramal dengan Al Quran, kulitnya tidak disentuh oleh api neraka. Rutin membaca Al Quran dah hilang di bulan lain. Jangan sia siakan kepandaian yang Allah bagi kita pandai baca Al Quran tapi kita tidak membacanya.
- Sedekah. Hadis riwayat At Tabarani Rasululullah benteng dari api neraka walaupun dengan separuh buah kurma. Lepas Ramadhan tak ramai kecuali orang yang Allah jaga. Kenapa Ramadhan, ramai bersedekah? Sebabnya kerana syaitan dibelengu dan diikat dalam bulan Ramadhan. Yang menjadikan manusia kedekut ialah syaitan. Disebut dalam surah Al Baqarah ayat 268. Syaitan janjikan kefakiran jika kamu bersedekah. Dalam bulan Ramadhan, syaitan diikat. Jadi tak ada yang menghasut. Kalau rasa berat untuk bersedekah, cepat cepat baca A'uuzubillaahi minassyaitoonirrajiim bagi menghalau syaitan.
Sama sama lah kita membuat muhasabah diri dengan peningkatan usia, kerana bila bila masa sahaja kita boleh dipanggil mengadap Illahi. OK cukup setakat ini dahulu, semoga ianya dapat memberi ilmu bermanafaat buat kita semua. Aameen.
Selain Masak Lemak Ikan Jenahak di SINI, saya juga menyediakan Daging Masak Black Pepper yang juga saya salin dari Ida, anak mak cik yang berniaga nasi campur sedap sebelah bangunan ibu pejabat KWSP di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Menurut Ida, mak beliau menggunakan daging paket brand Alana yang dibungkus dalam pek 900 gram. Haha nama macam nama Lara Alana pulak ya, Jika tidak ada daging keting yang menpunyai daging serta urat rawan, boleh guna daging tetel juga.
Bahagian daging betis ini memang sangat sedap dimasak apa sahaja kerana di antara daging, ada urat rawan halus yang menjadikan ianya sangat sedap dan lembut dikunyah.
Menurut Ida, mak beliau menggunakan daging paket brand Alana yang dibungkus dalam pek 900 gram. Haha nama macam nama Lara Alana pulak ya, Jika tidak ada daging keting yang menpunyai daging serta urat rawan, boleh guna daging tetel juga.
Bahagian daging betis ini memang sangat sedap dimasak apa sahaja kerana di antara daging, ada urat rawan halus yang menjadikan ianya sangat sedap dan lembut dikunyah.
Sambil memasak, sambil saya mengunyah ngunyah daging yang sangat sedap ini. Resepinya pun menggunakan bahan yang mudah sahaja. Memasaknya pun sangat cepat dan yang penting, sangat sedap. Cubalah sendiri di rumah, pasti berbaloi baloi memasaknya.
Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Juga jangan lupa, layan video di Azie kitchen youtube channel di SINI. Tapi peringatan kepada mereka yang meninggalkan negatif dan komen yang tidak bersesuaian, akan di block.
Bukan bermakna saya hanya suka dipuji tapi fikirkan apa perasaan bila ada yang meninggalkan komen, alahai macam tak larat sangat nak pegang senduk. Kalau saya jawab low mentality, pasti ada yang terasa hati.
Bila memasak rendang ayam, tidak boleh dikacau dengan ganas, ayam akan hancur. Kedua, saya sambil memasak, sambil merekod video dengan handphone, sambil ambil gambar dengan kamera, sambil nak jaga api dapur lagi. Semuanya saya lakukan sendiri. Jika anda di tempat saya, anda juga mungkin melakukan perkara yang sama iaitu block mereka....
Bila memasak rendang ayam, tidak boleh dikacau dengan ganas, ayam akan hancur. Kedua, saya sambil memasak, sambil merekod video dengan handphone, sambil ambil gambar dengan kamera, sambil nak jaga api dapur lagi. Semuanya saya lakukan sendiri. Jika anda di tempat saya, anda juga mungkin melakukan perkara yang sama iaitu block mereka....
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 kg daging keting/daging tetel
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
2- 3 tangkai cili padi
2- 3 tangkai cili padi
Bahan Sos:
2-3 sudu besar sos tiram atau secukup rasa
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
Kicap secukupnya
Kemudian masukkan daging yang telah direbus, sos tiram, black pepper/lada hitam yang ditumbuk, kicap dan sedikit air rebusan daging.
minta wife masakkan la nanti. hehe
BalasPadam