Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Goreng Dengan Kacang Panjang


Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga Hari raya Korban. Selagi kita masih hidup, ambillah peluang untuk melakukan ibadah korban kerana ianya tidak lagi dilakukan untuk orang orang yang telah meninggal dunia. Sekiranya kita melakukan ibadah korban untuk seekor haiwan korban seperti lembu atau kambing, kita boleh berniatkannya untuk sekeluarga termasuk ibu dan ayah. 

Hidup ibarat roda yang berputar di mana ada masa kita di atas dan ada masa di bawah. Bila berada di bawah adalah merupakan ujian kesusahan yang biasanya akan mendekatkan lagi kita dengan Allah. Berbanding dengan ujian kesenangan yang adakalanya boleh meleka dan menjauhkan kita dari Allah. 


Sebetulnya saya demam dan selsema sejak seminggu yang lalu. Oleh kerana selsema dan hidung berair yang berpanjangan, saya kini mengalami vertigo yang rasa berpusing sekeliling rumah. Bila kepala rasa berpusing, kita akan rasa seperti mabuk kenderaan, badan akan berpeluh sejuk dan terasa hendak muntah. Ini ujian untuk saya tapi saya percaya kesakitan ini adalah kerana Allah ingin menghapuskan dosa dosa kecil. Aameen. 

Hari ini saya ingin kongsikan lauk feveret saya terutama di Hari Raya Aidil Adha yang dimasak menggunakan daging korban. Ianya sama sahaja dengan cara menggoreng daging garam kunyit. Cuma saya tambahkan sayuran sahaja. Jadi tak perlu memasak sayur lagi. Saya memang akan memastikan hidangan lengkap dengan menpunyai lauk berkuah, lauk bergoreng dan sayuran dalam suatu hidangan. 

Jom layan resepi yang saya guna hari ini. Selamat mencuba...



Daging Goreng Dengan Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daging - potong agak tebal
Serbuk kunyit
Serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
Sedikit garam - jika perlu

Bahan lain;
1 mangkuk kacang panjang 
1/2 batang karot
1 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
Minyak

Cara cara:
Perap daging dengan serbuk kunyit dan serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Jika suka, boleh masukkan sedikit garam. 



Panaskan minyak dan tuang daging yang telah diperap. Kacau rata sehingga air kering dan terbit minyak semula. Goreng sehingga daging empuk. 


Masukkan karot terlebih dahulu. Kacau rata. Kemudian masukkan bawang besar Holland, kacang panjang dan akhir sekali, cili merah dan cili padi. Ppp


Kacau rata. Masukkan sedikit serbuk perasa. Boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan. 




Catat Ulasan for "Daging Goreng Dengan Kacang Panjang"