Asam Pedas Ayam Yang Sangat Sedap
Saya tidak ingin mengatakan saya baik. Tapi saya menjadikan kedua ibubapa saya sebagai role model yang sentiasa melihat sesuatu perkara akan kebaikannya. Jarang atau tidak pernah saya mendengar mereka berkata sesuatu yang negatif terutama terhadap orang lain.
Saya kini cuba mendidik diri untuk sentiasa berbaik sangka dengan orang lain walaupun ada ketika saya sendiri tidak menyenangi akan sesuatu yang saya rasa terang terangan tidak betul. Namun saya masih memberi peluang dan tidak sesekali membuat penghakiman.
Saya cuba tidak melihat sesuatu akan keburukan walaupun di dalam hati. Setiap kali hati terdetik sesuatu yang negatif pada orang lain, akan terpacul di bibir saya kata peringatan “tak baik tau” yang akan cepat cepat mengingatkan saya untuk membetulkan persepsi.
Saya mahu melihat semua orang gembira dan dunia dalam aman sejahtera. Saya membayangkan bagaimana jika kita berada di tempat mereka. Lebih lebih lagi mereka yang terpaksa bersusah payah berpanas untuk mendapatkan sesuap nasi dan membesarkan anak anak.
Resepi saya kali ini adalah Asam Pedas Ayam. Untuk melihat entri Asam Pedas Ayam saya sebelum ini, boleh klik di SINI. Sebetulnya kali pertama saya makan asam pedas ayam ialah bila mana kawan Encik Hubby bawa ke pejabat dan dimakan cicah dengan roti. Sangat sedap. Kami semua beramai ramai makan sehingga licin.
Agak lama juga saya tidak memasak Asam Pedas Ayam ni. Entah kenapa terpandang resepi Asam Pedas Ayam di Instagram Syerry Kitchen, terus terasa ingin memasak dan menikmatinya lagi.
Kebetulan pula saya menerima barang barang basah dari Farah @seafoodelivery yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang barang basah yang telah siap disiang dan dicuci bersih. Antaranya ialah ayam dan cili kisar selain udang, ikan tenggiri dan daging steak kambing.
Kebetulan pula saya menerima barang barang basah dari Farah @seafoodelivery yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang barang basah yang telah siap disiang dan dicuci bersih. Antaranya ialah ayam dan cili kisar selain udang, ikan tenggiri dan daging steak kambing.
Hmm sangat lah sesuai. Lebih lebih lagi semasa balik, singgah di pasar tani Kota Dame. Saya membeli sayur sayuran dan ulam seperti serai, petai, cili padi dll.
Sangat sedap Asam Pedas ini. Makan dengan nasi putih panas panas dengan kuah banjir.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Asam Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 batang serai - ketuk
4 helai daun limau purut
7-8 sudu besar cili kisar - 30 tangkai cili kering
1 sudu kecil pes asam jawa atau secukup rasa
¾ - 1 cawan minyak
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan kunyit bagi menambahkan warna pada ayam. Ketepikan.
Panaskan 3/4 cawan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi sebelum dimasukkan cili kisar. Tumis sehingga cili kisar masak dan terbit minyak. Masukkan serai. Kacau lagi.
Masukkan ayam dan kacau sehingga agak agak ayam kecut. Masukkan air dalam 4 cawan atau secukupnya.
Masukkan daun limau purut dan pes asam jawa. Akhir sekali, masukkan garam dan gula.
Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Nota:
Menumis perlu minyak yang banyak. Selepas masak, bolehlah diceduk keluar jika kelihatan minyak berlebihan.
Catat Ulasan for "Asam Pedas Ayam Yang Sangat Sedap"
Add your comment