Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Santan Gula Melaka

Agar Agar Santan Gula Melaka

Secara semulajadi saya seorang yang sangat pemalu dan sangat rendah diri. Seawal umur 12 tahun, saya mulai mengenali diri sendiri. Mengenali kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Masih ingat saya menyapu getah pelepah sagu di muka sehingga muka menggelupas kerana ingin menghilangkan bintik bintik hitam yang ada di pipi. Saya merasa sangat tidak suka dengan bintik bintik hitam yang ada. 

Mengenali diri bukan bermakna saya tidak bersyukur. Cuma saya merasa rendah diri bila melihat rakan rakan sebaya yang kebanyakannya cantik cantik belaka. Ramai yang menpunyai muka yang licin gebu dan putih melepak. Hanya kebelakangan ini saya lebih berani untuk keluar dari keponpong. Menerima kekurangan diri seadanya. Ya saya redha dan menerima bahawa ada perkara yang tidak mungkin saya miliki di dunia ini. Juga di sebalik kekurangan, pasti ada kelebihannya yang mungkin kita sendiri tidak menyedarinya. 

Hari ini saya menyediakan Agar Agar Santan Gula Melaka untuk hidangan pencuci mulut. Kalau menyambut hari raya di Kelantan, kita pasti akan melihat agar agar atau dipanggil sebagai “belder” dihidangkan bersama juadah raya. Ianya seakan juadah yang mesti ada. 

Sejak kecil, arwah Bonda akan membeli agar agar untuk dimasak malam raya. Agar agar simple sahaja seperti agar agar sirap rose. Atas sebab itu juga, agar agar sangat dekat di hati saya. Sangat menjadi kegemaran saya. Sungguh menepati selera dan tekak saya. 

Agar Agar Santan Gula Melaka

Sebenarnya siapa pun boleh menyediakan agar agar. Mudah sahaja yang penting sukatan air kena dengan agar agar yang digunakan. Zaman dulu, agar agar didatangkan dalam bentuk agar agar bertali. Jadi agar agar perlu direbus dengan air sehingga agar agar benar benar hancur. Bagi memastikan ianya halus, agar agar yang direbus tadi perlu ditapis. Sekarang dah mudah mudah kerana adanya serbuk agar agar. Tinggal masak dengan air dan boleh masukkan bahan bahan lain. 

Teringat dulu, masa baru baru belajar buat agar agar ini. Saya menggunakan kelapa parut. Sebiji telur dipecahkan dan gula Melaka racik dimasukkan ke dalam kelapa parut, diramas ramas dan kemudiannya diperah santan. Kalau mahu lagi mudah, di blender sahaja dan perah. Santan itu yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam agar agar yang sedang mendidih. 

Saya lebih suka agar agar dari puding. Sukakan rasanya yang kenyal kenyal manja tu. Bila digigit, ianya akan berpotong lembut. Lebih lebih lagi jika dimakan ketika sejuk sejuk. 

Jom layan resepi yang sangat mudah ini. Juga jangan lupa layan videdo di Youtube Azie Kitchen channel di SINI


Agar Agar Santan Gula Melaka

Agar agar Santan Gula Melaka

Bahan-bahan :
20 gram agar-agar bertali
1 liter air 
200 gm gula melaka - racik halus
400 ml santan
1 biji telur - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
Secubit garam  
2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara-cara:  
Masak air dengan agar agar hingga hancur. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga gula Melaka hancur. Boleh rasa ketika ini, jika kurang manis boleh tambah gula pasir. 

Satukan dan kacau santan, telur dan garam. Masukkan campuran santan ke dalam periuk dan kacau rata supaya ianya tidak membuak keluar dari periuk. Masak sehingga mendidih dalam 1-2 minit. Bolehlah tutup api. Saya masukkan telur dalam kelapa parut dan dikisar serta diperah santannya. 

Tuang dalam loyang yang telah dibasahkan. Setelah mengeras, simpan dalam peti sejuk. 

Agar Agar Santan Gula Melaka

Nota:
Boleh juga dimasak gula dan gula Melaka dengan 1/2 liter air sehingga gula hancur. Kemudian masukkan ke dalam agar agar yang dimasak dengan 1/2 liter air. 

6 ulasan for "Agar Agar Santan Gula Melaka "

  1. salam kak azie , sorry ganggu , daun pandan tu letak time bila ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Letak ketika rebus agar agar. Bila dah nak tuang, keluarkan. Tak letak pun tak apa.

      Padam
  2. Alhamdulillah trma ksh kak azie.. Saya dh me cuba resepi ini.. Sgt sedap.. Dn sgt mudah utk di buat..

    BalasPadam
  3. Boleh tak gantikan gula merah dgn brown sugar?

    BalasPadam
  4. Saya sudah cuba. Walaupon tak ada daun pandan masih sgt sedap! Terima kasih kak Azie share resipi ni. 😊

    BalasPadam
  5. 200gm gula melaka bersamaan berapa ye kak..?

    BalasPadam