Sup Tulang Yang Mudah dan Sedap
Sepanjang bulan Ramadhan, saya banyak menyediakan hidangan ringkas yang menggunakan bahan mudah termasuk perencah segera. Ada perencah segera yang memang sedap seolah kita menyediakan sendiri.
Entah kenapa terasa masa sangat pantas berlalu di bulan Ramadhan ini, sehinggakan saya tidak sempat untuk mengaji Al Quran. Setakat ini, saya hanya mengaji antara waktu Maghrib dan Isyak sahaja. Kalau hari bekerja, memang tak sempat untuk mengaji sehelai muka surat pun. Jadi saya berazam untuk memperbaikinya.
Saya mendapat bekalan daging dan tulang segar dari seorang pembekal yang tinggal di kejiranan kami. Setiap beberapa hari, beliau akan menyembelih lembu. Jadi saya tinggal memesan bahagian daging yang saya mahu.
Saya memesan tulang rusuk untuk dibuat sup kerana bahagian ini kurang berlemak. Di bulan Ramadhan, memang tak selesa makan lauk pauk yang berlemak.
Untuk mengelakkan ianya berlemak dan lekat pada lelangit, saya hanya menggunakan sedikit sahaja air rebusan tulang ke dalam sup.
Sup Tulang Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 - 1 1/2 kg tulang rusuk
2 liter air + air rebusan daging
3 pek perencah Sup Daging dan Tulang Adabi
1 biji ubi kentang
1 batang karot
1 biji buah tomato
2 batang saderi
3 tangkai cili padi
Bawang goreng
Daun sup
Cara cara:
Rebuskan tulang sehingga dagingnya empuk. Angkat dan keluarkan tulang dari air rebusan.
Masukkan air ke dalam periuk dan juga sedikit air rebusan tulang tadi.
Masukkan perencah Sup Tulang dan Daging dan ubi kentang. Biarkan kentang separuh empuk, baru masukkan karot dan tulang.
Rebus dalam 10 minit dan masukkan batang saderi dan buah tomato. Tutup api.
Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah kak. Sedap sgt resepi akak ni. Saya buat tulang 3 kg untuk 20 org makan, habis licin. Makan pula dengan nasi butter n kicap pedas. Perghhh
BalasPadamXde bawang xde halia ehh...sos simple...baru nk try..
BalasPadam