Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap


Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Hari ini adalah hari ke 25 Ramadhan bermakna kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari sahaja lagi. Saya telah mula bercuti bagi menfokuskan sepenuhnya pada Ramadhan yang masih berbaki. Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan resepi yang sangat sesuai untuk dimasak dan dihidangkan sebagai juadah raya. 

Resepi dipelajari dari Wawa yang sangat sedap. Menurut Wawa ianya dipelajari dari ibu beliau sendiri. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan saya. Ada orang yang bila berniaga, tak mahu berkongsi resepi takut orang lain tiru. 

Kenapa risau dengan rezeki? Rezeki senuanya telah ditentukan Allah. Lagi pulak, memasak bergantung kepada air tangan seseorang juga. Ada orang memasak menggunakan resepi yang sama tapi tak sedap. Betul kan? 

Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Dengan berkongsi resepi kita akan dapat pahala yang nilainya jauh lebih besar dari nilai wang. Kerana di akhirat, semuanya tidak digunakan untuk transaksi kecuali dosa dan pahala sahaja. 

Solat dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari dunia dan isinya. Bayangkan apa yang ada di dunia? Emas permata bertimbun timbun, duit beratus juta, kereta mewah istana besar, kapal layar mewah. Semuanya tidak dapat menyamai pahala solat sunat sebelum Subuh. 

Hari ini saya memasak hanya untuk 1/2 kg daging kerana itu jer stock daging segar yang ada. Sambal daging hitam ini sangat sedap dan tidak muak. Sedap dimakan dengan lemang, ketupat, nasi impit atau dengan lain lain juga. 

Jom layan resepi yang telah saya olah untuk memudahkan rujukan seperti di bawah. Jangan lupa juga untuk menonton video di Azie Kitchen youtube channel. Selamat mencuba. 


Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Sambal Daging Hitam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
Garam
Kicap manis

Bahan kisar:
5 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
300 gram lada hijau
100 gram lada merah
1-2 tangkai cili api - jika suka pedas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Rebus daging hingga empuk dan kemudian di goreng dahulu sebelum dimasuk semua bahan kisar di atas. 

Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Masak sampai kering. Perasakan dengan  garam dan tambah kicap manis untuk menghitamkan sambal daging.

Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan lemang, ketupat, nasi impit, pulut kuning juga. 


Catat Ulasan for "Sambal Daging Hitam Juadah Raya Yang Sangat Sedap"