Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Sedap

Mee Hoon Goreng Sedap

Kuliah Jumaat oleh Ustazah Fatimah Syarha berkenaan Lailatul Qadr. 10 malam terakhir di mana adanya malam lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Umur umat Nabi Muhamad pendek berbanding umat terdahulu yang beratus dan beribu tahun usianya. 

Bagi siapa yang membuat persiapan dalaman, bila mereka masuk sahaja Ramadhan akan terus pecut seperti pelari pecut. Sebelum Ramadhan, Nabi ulang ulang persiapan mental pada sahabat. Ianya boelh menggerakkan seseorang dengan lebih pantas. Analogi kita tak hafal apa yang ada pada duit RM10. Tapi bila dapat hadiah, dia akan hafal dengan laju. 

Mee Hoon Goreng Sedap

Lailatul qadr adalah untuk peluang untuk mendapat amalan melebihi 83 tahun. Apa maksud malam lailatul qadr. Malam Al Qadr adalah anugerah untuk pelajar cemerlang di universiti Ramadhan. 

Malam Al Qadr turunnya malaikat untuk mengatur segala urusan. Ustaz Ibrahim mengajarkan doa, Ya Allah sekiranya malam inj Lailatul Qadr, jika ditakdirkan bagi ku tidak baik, ubahlah kepada takdir kebaikan. Jika baik, ubah supaya menjadi bertambah baik. 

Turunnya Al Quran buat pertama kali dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara sekali gus. Kemudian baru turun secara sedikit demi sedikit. 

Maksud Al Qadr adalah ketentuan iaitu malam yang ada kaitan dengan Qada Qadr. Malaikat sibuk mengatur urusan qada qadr kita yang muallaq untuk setahun akan datang. Al Qadr juga bermaksud kemuliaan di mana Al Quran turun pada malam tu. Qadr juga bermaksud sempit, jadi kena susun masa, ianya sekejap sahaja. 

Ayat ke2 surah Al Qadr, bila ayat yang Allah tanya bermakna ayat itu penting dan besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan. Ianya membolehkan kita compete dengan umat terdahulu. Siapa yang paling baik berjuang untuk dapat yang terbaik. 

Nak masuk syurga dengan amal kita tak cukup. Semua amalan kita ditimbang. Takut kita tertipu dengan amal kita. Rasa banyak dan rasa lebih baik dari orang sedang kita tak tahu amal kita diterima atau tidak. Jadi kena sentiasa mohon rahmah atau kasihan belas. 

Penghulu segala malam adalqh Al Qadr. Malaikat jibril turun mengatur segala urusan Qada Qadr. Semua yang bernyawa pasti mati, itu qada mubram tapi di mana kita mati, masih lagi Qada muallaq. Kita kena mati dalam usaha contoh bila ditimpa penyakit bukan mati dalam keadaan putus asa. 

Siapa banyak buat baik, panjang usia. Kena panjang usia untuk dapat kedudukan tinggi di sisi Allah. Kita mahu keberkatan pada usia kita. Mahu bertemu dengan banyak lailatul Qadr. 

Untuk mendapat malam Lailatul Qadr, kita kena jaga terawih setiap malam, jaga solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Pasti kita akan dapat lailatul qadr. Solat Subuh berjemaah, seolah kita menghidupkan sepanjang malam. Jaga juga solat tahajjud. 

Pada malam yang barakah. Apa maksud barakah, kolam yang airnya banyak dan tetap di situ. Maksud sebenar ialah kita akan melekat dalam syariah Allah. Kedua ianya bertambah tambah kebaikan. Juga rasa tenang dalam jiwa. Akrabnya Al Quran dengan Lailatul Qadr 183-190. 

Berpuasa sangat hebat kerana ianya akan melahirkan insan yang sihat. Manusia ada status di sisi Allah. Membaca Al Quran akan meninggikan status di sisi Allah. 

Dalam kubur masuk sahaja ke liang lahad, malaikat boleh halang kecuali Al Quran. Baca surah Al Mulk, yang boleh berhujjah. Bila kita bangkit di Padang Mahsyar, surah Al Baqarah akan bantu kita. Kemuliaan di akhirat bergantung kepada ayat terakhir yang kamu baca masa di dunia. 

OK dah panjang catatan berkenaan Lailatul Qadr yang tinggal beberapa hari lagi untuk kita masuk ke fasa 10 malam terakhir.  Hari ini saya menyediakan mee hoon goreng kerana rasa dah tak berselera makan nasi. 

Bulan Ramadhan ni terasa masa sangat pantas. Aktiviti padat. Pukul 7.30 dah ada di pejabat. Pukul 6.00 hingga 6.30 baru sampai rumah. Selepas berbuka, terus ke surau untuk bersolat terawih. 

Jadi untuk mee hoon hari ini, saya guna perencah bihun goreng Adabi sahaja. Cepat dan mudah. Yang penting rasanya seperti mee hoon yang perencahnya disediakan sendiri di rumah. Serious tak tipu, sedap dan sangat mudah. Tak percaya, kenalah cuba sendiri di rumah. Kalau nak melancung dan rasa nak memasak sendiri, bolehlah bawa perencah bihun ini.

Jom kita tengok resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. 

Mee Hoon Goreng Sedap

Mee Hoon Goreng

Bahan bahan:
400 gram mee hoon
1 paket120 gram Perencah Bihun Goreng Adabi
3 ikat sayur Bok Choy
1 batang karot
1 biji buah tomato
5 keping fish cake
10 ekor udang
3 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah 
Daun bawang
Bawang goreng
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - cincang

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan perencah mee hoon Adabi. Masukkan karot dan biarkan hingga lembut. 

Mee Hoon Goreng Sedap

Masukkan udang diikuti dengan batang Bok Choy. Kacau rata. 

Mee Hoon Goreng Sedap

Masukkan fish cakes dan daun Bok Choy  kacau hingga sedikit layu dan masukkan mee hoon yang telah direndam. 

Mee Hoon Goreng Sedap

Kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili padi dan cili merah. Sebelum dihidangkan tabur daun bawang dan bawang goreng. 

Mee Hoon Goreng Sedap



Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Sedap "