Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Asam Pedas Ikan Pari

  Masak Asam Pedas Ikan Pari

Setiap kali melihat Asam Pedas Ikan Pari, saya memang agak sukar untuk menolak. Lebih lebih lagi jika ianya dimasukkan sekali kacang bendi. Kalau singgah di Restoran Klate Original selepas pejabat, saya akan mengambil sepinggan asam pedas ikan pari untuk diratah begitu sahaja. Tak ambil nasi pun. Tapi ikan pari yang digunakan ialah yang jenis isinya melekat di tulang. 

Hari ini saya menggunakan ikan pari yang memang isinya sangat lembut dan mudah tertanggal berkeping keping bila dicubit. Saya memang akan ralit mencubit sekeping keping isinya. Hahaha makan pun boleh sambil bermain main ya...

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Saya puashati sekali melihat Hubby dan anak anak makan menambah nambah dan menceduk kuah asam pedas ini hingga banjir nasi masing masing. Itulah kepuasan bila kita dapat menyediakan masakan dari air tangan sendiri. Hahaha. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat sedap kerana secukupnya kepekatan kuah asam pedas. Kalau cair sangat pun tidak sedap. Saya guna banyak bawang jadi perencahnya banyak dan mewah. Saya sediakan sekali video penyediaannya di SINI.

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Masak Asam Pedas Ikan Pari
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan pari
1 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun kesum
1/2 sudu kecil pes asam jawa  
1/2 sudu besar garam atau secukupnya
Kacang bendi secukupnya
1 biji buah tomato 
200 ml air - boleh tambah

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 senduk cili kisar - saya guna 5-6 sudu besar
1 ibu jari belacan
1/2 inci kunyit hidup - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.  Bila garing dan naik minyak, masukkan air dan bunga kantan. 

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Masak hingga mendidih, baru dimasukkan ikan, pes asam jawa dan daun kesum. 

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Renih atas dapur dengan api perlahan dan masuk kacang bendi, buah tomato, garam dan serbuk perasa. 

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Nota:
Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya. 


5 ulasan for "Masak Asam Pedas Ikan Pari"

  1. cara masakan kak azie mirip mak sy..kak azie asal mana yer..

    BalasPadam
  2. Masakan kak azie sentiasa jadi guide saya. Thank you kakak. Sy follow kakak di ig

    BalasPadam
  3. Menyelerakan asam pedas tu

    BalasPadam
  4. Saya dah try, Alhamdullilah menjadi. First time masak asam pedas betul betul menjadi sedap sama macam kat kedai. Terima kasih share ilmu

    BalasPadam
  5. Saya dah Cuba masak resepi ni. Alhamdullilah menjadi. Saya happy tengok suami dan anak-anak puas makan. Rase mcm kt kedai 😋😋

    BalasPadam