Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Buah Kukus Sangat Sedap Dan Moist

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Saya sangat sangat bersyukur dan tiada kata kata yang mampu diucapkan atas kurniaan Allah buat diri saya kebelakangan ini. Semua rezeki yang tidak disangka sangka diberikan kepada saya bagaikan sebuah mimpi. 

Saya merasa cukup, malah lebih dari cukup. Semoga ianya akan mendekatkan lagi diri saya dengan Illahi. Semoga ianya akan dijadikan tunggangan untuk mempersiapkan diri mengadap Illahi. Aameen. 


Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Ya betul sekali nasihat yang diberi sahabat saya yang berkelulusan Kaunsellor, bahawa sudah masanya untuk saya move on bila saya menyuarakan perasaan sedih dan berkecil hati. Katanya banyak benda yang kita tidak boleh kawal dalam kehidupan ini. 

Samada saya torture orang lain untuk mengikut kehendak saya atau saya yang di torture untuk mengikut kehendak orang lain. Biarkan sahaja kerana segalanya akan bergerak mengikut apa yang sepatutnya berlaku dan ketentuan takdir. Ya mungkin masanya sudah tiba untuk saya bertolak ansur dan menerima segala seadanya. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Sekarang kita masuk bab resepi pula. Telah lama saya tidak membaking. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan kek buah Kukus yang memang terhangat dan meletop di kalangan kaum wanita. 

Kek Buah Kukus adalah antara hidangan wajib bagi kebanyakan orang setiap kali raya. Semasa saya kecil, kami biasanya akan membakar kek untuk hidangan raya. Di Kelantan, kek lebih banyak disediakan berbanding biskut raya ketika itu. 

Kawan sekolah saya siap berniaga kek buah setiap kali Ramadhan dengan menerima tempahan yang banyak sehingga mereka membeli pengukus yang boleh mengukus banyak kek secara sekali gus. 

Kek ini sebenarnya sangat mudah membuatnya, tak perlu keluarkan mixer pun. Tapi walaupun mudah, tidak selalu menghasilkan kejadian kek sempurna seperti mana yang kita ingini. Jadi kena baca dan faham tips dan teknik sebelum mula menyediakannya. 

Jika kita tidak mahu kek yang terlampau manis, boleh cuci dulu mixed fruits dan tos. Jika suka, boleh lebihkan mixed fruits dari resepi asal. Bahan asas boleh disediakan lebih awal seperti menyediakan gula hangus dan merebus mixed fruits malam sebelumnya. 

Jadi kita tidaklah rushing, maklum masa untuk mengukus sangat lama. Antara 2-4 jam walaupun kita boleh mengukus selama 2 jam sahaja. Pagi keesokannya, baru ditambah telur, tepung dan dikukus. Mudah dan senang untuk kita merancang masa di dapur. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Kek ini setelah sejuk, saya bungkuskan dengan plastik wrap dan biarkan selama 2 hari untuk menjadikan ianya lebih moist. Selepas 2 hari, baru saya memotongnya. Hmm sangat sedap, cukup sedap. Secukup rasa sahaja kemanisan dan sangat moist. Pendek kata, sesuai dan menepati selera saya untuk sekeping kek buah. Habis dua tiga keping juga saya makan semasa berbuka puasa. Alhamdulillah.  

Jom layan resepi yang saya olah semula di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Serious resepi ini adalah antara keeper recipe untuk kek buah kukus. 


Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Kek Buah Kukus Yang Sedap 

Bahan A:
300 gm gula kaster - guna 280 gm sahaja
60 ml air panas
250 gm mentega
500 gm mixed fruit - boleh cuci dan tos, jika suka

Bahan B:
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil cream of tartar - ganti dengan 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil serbuk buah pala 

Bahan C:
3 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara cara:
Ayak tepung dengan soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah pala. 

Masukkan gula ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan menggunakan api sederhana, masak gula hingga mencair dan berwarna perang. Jangan mengacaunya, hanya goyangkan periuk ke kiri ke kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus. 

Bila gula telah mencair kesemuanya, tuang air panas dari tepi kuali supaya tidak terpercik. Kacau hingga gula larut, masukkan butter. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Biarkan butter mencair, baru dimasukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.


Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Biarkan sekejap atas api. Tutup api dan bila suam, masukkan jus lemon ganti cream of tar tar. Kemudian masukkan tepung gandum dan rempah dan digaul secara kaup balik. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan tuang ke dalam  adunan sedikit demi sedikit. Oleh kerana adunan kelihatan sedikit likat, saya masukkan 2 sudu besar air panas ke dalam adunan.

Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci, tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil. 


Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Penutup periuk pengukus dibalut dengan dengan tuala dapur supaya wap air tidak menitis masuk. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus, tambah air panas.

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Potong kek setelah ianya benar benar sejuk. Lebih baik jika dibiarkan di luar semalaman sebelum dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Nota:
Boleh juga merebus buah dibuat sebelah malam. Keesokan, baru dimasukkan tepung dan lain lain. 

Kek ini lebih sedap selepas 2 hari. Boleh dibalut dengan plastik dan disimpan. Terbalikkan agar bahagian bawah kek berada di bahagian atas bagi menjadikan kek lembab secara sekata. 

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya

Kek Buah Kukus Sedap Untuk Hidangan Raya
   
Lebih baik menggunakan loyang yang besar dan tinggi sedikit. Jika mahu kek yang nipis, boleh guna loyang saiz 9 inci. 


24 ulasan for "Kek Buah Kukus Sangat Sedap Dan Moist"

  1. Puan, jika menggunakan pengukus Trio, perlu balut tutup pengukus dengan kain jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya balut supaya lubang wap bertutup dan cepat masak. Tapi saya tk balut kr tk jumpa tuala dapur.

      Padam
  2. Kalu Saya kukus dlm mangkok plastik yg kecil2 tu kena rapa lama nak kukus? dan rapa lama kek tu blh tahan?

    BalasPadam
  3. Salam puan saya nak tanya...kalau takda cream of tartar boleh gantikan dengan 1sudu kecil jus lemon kan tp kalau nak campur dua2 sekali boleh tak? Atau salah satu shja?

    BalasPadam
  4. Sis, kalau x Masukkan cream of tartar dengan serbuk Buah Pala, kek tu jd jg tak? ..klau guna tepung premix resepi Dia sama gak?

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas resipi saya dah cuba sedap sangat..cuma kering..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Kering. Diorang ni mesti ada rahsia untuk kek lembab.

      Padam
    2. lepas masak.balut dgn plastik wrap.jgn biar terdedah.insya allah xkering. sy buat guna resepi sama xkering pun

      Padam
  6. Salam sis....kek jd elok...moist tp bila potong buah berderai...knp?bleh bg tip

    BalasPadam
    Balasan
    1. tlalu bnyk buah nya.. mcm sy klo gitu sy kurng kan sikit buah nya..

      Padam
  7. Nk tahu jual brp ya kalau mcm ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatkan Cake kukus Mix Fruit Royal legend resepi org lama..0122731767
      Harga RM45 Free Postage

      Padam
  8. Assalam kak, nak tanya kek ni kalau simpan berapa lama ya tahan? Simpan dlm fridge atau suhu bilik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh tahan berbulan bulan. Simpan dalam peti biasa jer. Tapi kena kukus lama smp 6 jam.

      Padam
  9. Maaf nak tny, kalau x ada serbuk buah pala, boleh ganti dgn apa ye? Tq

    BalasPadam
  10. Kak Yati, bolehkah gula tidak dimasukkan langsung dlm kek ini?sbb sy nk buat utk pesakit diabetic

    BalasPadam
  11. Kalau saya gunakan tepung readymix perlukan telur juga ke

    BalasPadam
  12. Salam puan Azie..saya selalu mgguna kan resepi puan..kek ni mmg sdap..saya dah brkali2 membuat nya..mntak halal ye...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Ada tak perbezaan pada kek bila guna kukus biasa atas dapur api dengan pengukus letrik ni?

    BalasPadam
  14. hi Puan Azie, nak tanya kenapa kek buah kukus sya berderai ketika di potong?

    BalasPadam
  15. hi Puan Azie, nak tanya kenapa kek buah kukus sya berderai ketika di potong?

    BalasPadam