Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap

Insya Allah beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang melambangkan kemenangan dan kejayaan kita. Mudah mudahan semua amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima dan paling utama dosa dosa kita diampunkan. Dengan Ramadhan yang berbaki sedikit lagi ini, banyakkan berdoa memohon keampunan, iaitu doa yang diajar Rasulullah kepada isteri baginda A'ishah yang berbunyi "Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni :"

Ada sesiapa yang nak memasak nasi dagang untuk hidangan raya tahun ini. Jika ada, jom buat kelainan sedikit dengan menyediakan gulai udang. Biasanya nasi dagang dihidangkan dengan Gulai Ikan Tongkol. Jika di Kelantan, dimasukkan juga telur rebus di dalam Gulai Ikan Tongkol.  

Namun begitu, bagi hidangan yang lebih mewah, disediakan juga Gulai Udang sebagai hidangan sampingan untuk nasi dagang. Udang mahal harganya. Jadi memang agak sukar lah untuk menemui gulai udang ini. Klik di SINI untuk entri gulai udang sebelum ini. Gulai Ikan Tongkol Kelantan di SINI dan Gulai Ikan Tongkol Terengganu di SINI.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap
 
Saya ambik resepi di SINI. Resepi yang dipelajari dari mak saudara penulis. Saya memang suka resepi keluarga seperti ini. Hari ini saya memasak dengan cepat untuk mengelak hari gelap dan sukar untuk merakam video. Gulai Udang hari ini memang sangat sedap dan menyediakannya juga sangat mudah. 

Jom layan resepi yang sangat sedap ini. Dari tingkat atas dah terbau seolah ada nasi dagang dihidangkan di dapur rumah kami bila Nelly memanggil saya turun makan. Walaupun dah kekenyangan, tapi dek bau nasi dagang yang semerbak menjadikan saya tewas. Saya makan juga sedikit nasi dan kemudian tambah lagi sedikit. Aduhaai...


Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg udang
1 kotak santan kotak - kepekatan biasa
1/2 sudu besar rempah halba campur
1 sudu besar rempah kari ikan
1-2 keping asam keping
Sedikit serbuk perasa
Gula
Garam

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup- atau 1/2 sudu kunyit serbuk
4 tangkai cili kering- saya guna 2 sudu besar cili kisar
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-caranya;
Kisar semua bahan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili kering.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap

Panaskan minyak, tumiskan rempah halba campur sekejap. Baru tuangkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah kari. Kacau lagi hingga naik minyak.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap


Tuangkan santan. Jika mahu lagi sedap, guna santan segar asli. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masak kuah hingga jadi separuh atau sedikit pekat.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap
 
Masukkan udang dan kacau hingga menggelegak. Masukkan serbuk perasa. Sesuaikan rasa.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap

Masak sebentar sahaja. Jangan lama sangat takut udang jadi kecut dan keras. Siaap dan sedap dimakan dengan nasi dagang atau nasi putih biasa.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Yang Sedap"