Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
Sekarang ini rumah saya hampir cukup quorum kecuali Boy sahaja yang tinggal di rumah mertua di Shah Alam. Juita pun ada di rumah kerana sedang menghabiskan summer holiday sehingga September. Nelly sekarang telah bertukar ke pejabat di Petaling Jaya. Lebih dari dua tahun, dia bertugas di Cawangan Ipoh. Saya gembira kerana akhirnya dia kembali ke pangkuan kami. Maklum bila jauh, hati sangat risau.
Ketika saya memasak ikan sambal berlado, Nelly masuk ke dapur dan bertanya apa yang saya sedang masak. Bila diberitahu ikan, dia menjawab tak nak makan kalau tak ada lauk ayam. Begitu juga dengan Aween bila diberitahu saya sedang menyediakan lauk ikan, terus ditanya tak ada ayam ke. Hmm rasa pulak terkilan tak beli ayam. Sebabnya saya tak beli ayam kerana tekak saya yang rasa nak makan ikan selar goreng berlado.
Jadi saya rasa kesian pulak bila melihat mereka menanyakan lauk ayam. Jadi balik dari pejabat keesokannya saya terus singgah membeli ayam. Hajat hati mahu memasak Ayam Masak Merah. Saya hanya beli setengah ekor sahaja.
Sampai jer di rumah, saya terus ke dapur. Seperti biasa, saya memasak dengan masih berpakaian pejabat. Tak sempat nak menyalin pakaian kerana memang nak kena memasak dengan cepat. Selain menyediakan ayam masak merah, saya juga sediakan udang masak lemak cili padi dengan kacang buncis dan telur dadar.
Walaupun masak campak campak ikut gerak hati tapi rasanya sangat sangat sedap. Saya memasak memang dalam keadaan tergesa gesa. Pertama kerana saya mengejar cahaya semulajadi untuk snap gambar. Kedua kerana saya tergesa gesa, selepas makan mahu terus naik bilik untuk tidak lewat menunaikan solat Maghrib.
Sebetulnya gambar yang saya ambil ini tidak justify pada rupa sebenar Ayam Masak Merah saya yang memang cantik. Maklumlah matahari dah terbenam. Tidak cukup cahaya. Ianya berwarna merah cantik sekali. Bukan sahaja kejadian yang cantik tapi rasanya memang wallaaa sedap giler. Hihihi masuk lift, tekan dan naik sendiri. Tak caya? haa cubalah gerenti sedapnyer...
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya gunakan sedikit gula kerana dalam sos cili telah ada rasa manis. Bila kita menggunakan sos cili dan sos tomato, sambal akan menjadi cantik berkilat. Jom layan.
Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur
Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.
Nota:
Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing.
Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.
Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna merah cantik.
Salam...yg kisar tu bawang besar dan bawang putih atau bawang putih dan bawang merah?
BalasPadamPastu bawang besar takyah hiris?
Saya mencuba masak ayam merah nampak mudah
BalasPadamTerima kasih Mem. Saya selalu tgk blog Mem dan selalu ambil resepi. Harap Mem halalkan ya.
BalasPadamOk thank you for sharing
BalasPadamMasukkan Salah satu so or dua² sos?
BalasPadamSatu je
PadamResepi pyan selalu menjadi pilihan saya.
BalasPadamWalahhh sedap.
Minta halal yea pyan
feveret all the time neh...
BalasPadamTqvm Puan...saya share resipi... alhamdulillah ❤️
BalasPadamJazakillah..
BalasPadamBoleh masak dgn nasi minyak tak ehe
BalasPadamSalam aziekitchen. Saya buka page aziekitchen tapi iklan menutupi bahagian atas page sampai tak boleh nak search menu, nak select kategori nak navigate. Harap aziekitchen boleh semak. T. Kasih.
BalasPadamwslm. Insya Allah saya akan tengokkan. Nanti jgn lupa untuk klik iklan juga tau.
PadamSangat mudah tq
BalasPadamT.kasih atas perkongsian...sy selalu mengunakan resepi Pn dan memang menjadi dan sedap...minta halal ilmu yea..
BalasPadamsaya selalu selalu tengok resepi ini. ia mernyelerakan. terima kasih kerana ajar melalui rersepi ini .thankyou
BalasPadambtw saya pemula.
BalasPadammcm mne nak tahu cili kisar tu dah masakðŸ˜
kalau saya, saya masak sehingga pecah minyak dan naik bau yg membuatkn saya bersin
PadamTerima kasih berkongsi resepi puan azie. Sedap² semua, byk yg sy dah cuba. Ni antara fav anak² saya. Sos tu sy letak sos tomato 1 sudu besar, sos cili 2 sudu besar. Mmg sedap mcm dekat kenduri kahwin dah rasanya ðŸ¤
BalasPadamterbaiklah..sya dh cuba ..sedap sgt...thank you for u are resepi
BalasPadamAzie Kitchen adalah satu platform untuk saya belajar berdikari dan rajin masak di dapur..terima kasih untuk semua resipi..minta halal kan.. Da 3 tahun guna resipi kak azie ni..terbaikk..
BalasPadamAlhamdulillah. Terharu saya membacanya
Padam