Ayam Goreng Berempah Istimewa
Entri hari ini adalah entri lauk yang disediakan semasa Ramadhan yang baru lalu. Kena queue untuk posting, itu sebab terlajak sehingga lepas Ramadhan. Tapi lauk ini boleh disediakan bila bila masa, jadi tak kisahlah post selepas Ramadhan pun.
Resepi ayam goreng berempah ini saya pelajari dari sahabat alam maya saya Yatie Kitchen. Alhamdulillah sedap. Gambar tak berapa menarik kerana diambil ketika hari dah gelap, dah nak masuk waktu berbuka.
Kebetulan saya masuk ke dapur agak lewat. Ayam ini pula kena diperap lama lama, baru sedap. Apa apa pun yang penting anak anak saya suka makan.

Saya menanyakan Yatie cara beliau menggoreng ayam yang simple. Saya tengok resepi paling simple ialah garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Jadi kot dia ada resepi lain. Haa betul tekaan saya. Resepi ayam Yatie yang paling mudah ialah menggunakan serbuk kunyit, rempah kari dan pes asam jawa.
Walaupun sekadar resepi ayam goreng tapi saya memang tak akan jemu atau malu untuk bertanya resepi. Hasilnya saya dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat kongsikan dengan follower saya resepi yang baru juga.
Jom layan resepi yang telah saya olah dan kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba...
Ayam Goreng Berempah Special
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg paha atau kepak ayam
4 sudu besar tepung Gogi
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit
1 biji telur
Garam
1/2 kotak santan kotak
Sangai dan tumbuk halus:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
Bahan kisar kasar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara cara:
Gaul sebati dan perap semua bahan dengan ayam selama 1 jam. Ketepikan.
Sedap dah mudah utk menyediaknnya..terbaek tq kak azie
BalasPadam