Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Selain Nasi Ayam, saya juga suka bereksprimen dengan nasi lemak terutama cara menyediakan sambal nasi lemak yang sedap dan kebabom. Pembelajaran perlu sentiasa berterusan. Nasi lemak sesuai dihidangkan ketika berbuka puasa. Kalau di Malaysia, nasi lemak dimakan dari hidangan pagi sehingga ke malam. Semasa saya di universiti, nasi lemak dijual di Gerai Sahur selepas Maghrib bagi pelajar yang belajar di musim peperiksaan.

Sebenarnya bahan bahan membuat sambal nasi lemak sama sahaja antara satu sama lain, yang membezakan adalah sukatan bahan yang digunakan dan teknik menyediakannya. Jadi teknik dan tips inilah yang sentiasa saya pelajari dan perbaharui.

Sebelum ini ramai yang mengkritik secara sinis pada saya di dalam youtube disebabkan saya menggunakan minyak yang banyak. Bila menumis, memang kena guna minyak yang banyak. Selepas masak, bolehlah diceduk keluar sebelum dihidangkan. 

Ada pulak, yang secara sarcastic mengatakan masuk ikan bilis sikit dan tanya berapa kilo saya guna aji no moto. Hey hello ada ke orang berniaga nasi lemak letak berkilo kilo ikan bilis dalam sambal mereka. Lagi satu, bila saya jawab pandai pula terasa hati dan kononnya saya hanya suka dipuji dan tak boleh dikritik. Soal suka dipuji, biar saja kerana Allah yang Maha Mengetahui.  

Saya sedang mencari jalan untuk menangani masalah mereka yang suka menjadi juri di youtube. Saya membuat video kerana saya suka melihat video masakan. Biasanya selepas melihat video, saya akan pergi ke blog untuk detail resepi.

Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

OK berbalik kepada sambal nasi lemak. Kalau diperhatikan, teknik saya menyediakan sambal nasi lemak adalah pelbagai. Barulah rasanya berbeza antara satu sama lain.

Kebiasaannya saya akan memasukkan ikan bilis selepas sambal terbit minyak, tapi kali ini saya memasukkan ikan bilis bersama bawang besar kisar tumis. Ada ketika saya menumis bawang besar hiris terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan kisar. Ada juga, bawang besar dimasukkan sebelum sambal diangkat dari dapur. Ikutlah mana satu yang rasa hendak diikut. Jangan lah hanya stick pada satu cara sahaja.

Saya tengok dari youtube seorang penjual nasi lemak yang femes tentang kaedah ini. Beliau juga menekankan agar cili tidak dimasak terlalu masak atau garing kerana memberi rasa yang kurang sedap pada sambal. Penggunaan gula Melaka juga akan membantu menambah lemak pada sambal dan menjadikan warna sambal yang cantik. 


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Hari ini saya menghidangkan nasi lemak dengan Ayam Goreng sahaja. Ayam ini diperap dengan garam dan serbuk kunyit sahaja. 

Biasanya saya suka menyediakan Ayam Goreng Berempah di SINI yang juga kegemaran anak anak, selain dari Ayam Masak Merah di SINI atau Ayam Rendang di SINI untuk dimakan dengan nasi lemak. Manakala bagi saya pula, tidak lengkap hidangan nasi lemak jika tiada telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng dan timun Jepun yang dihiris nipis. 

Namun begitu, yang paling penting bagi nasi lemak adalah sambal ikan bilis yang sedap. Sambal yang sedap pada selera saya ialah mesti rasa manis yang lebih sedikit dari rasa masam dan masin. Namun ianya bergantung kepada selera masing masing.

Jom layan resepi di bawah ini. Jom layan video dalam Instagram Azie Kitchen dan youtube Azie Kitchen channel di SINI untuk video berdurasi lebih panjang. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI. Jom pakat ramai ramai mencuba resepi ini. Jangan lupa like dan share ya...

Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Sedap

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis 
1 mangkuk cili kisar - lebih kurang 6-7 sudu besar cili kisar
1 keping gula Melaka - pecahkan 2 atau 4
1 kiub pati ikan bilis Maggi
1 biji bawang besar Holland - hiris
Gula pasir 
Garam 
1 keping asam keping
Minyak
Garam

Bahan kisar:
3 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - opsyenal
Sejemput ikan bilis - opsyenal

Bahan Hidangan:
Nasi Lemak
Ayam goreng/ayam berempah/ayam rendang
Telur mata/telur rebus
Ikan bilis goreng
Timun

Cara cara:
Panaskan minyak. Kalau boleh gunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis untuk hidangan nasi lemak. Minyak untuk menumis mesti banyak sesuai dengan jumlah bahan yang hendak ditumis supaya bahan tumis masak rata. 

Masukkan bawang kisar dan ikan bilis. Ditumis sekali supaya ikan bilis dan bawang masak sebati. Ditumis hingga bawang benar benar masak dan terbit minyak. 


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Masukkan cili kisar. Nisbah bawang mesti lebih banyak dari cili kisar. Ada orang yang akan memasukkan cili hingga tiada nampak bawang. Semua terpulang kepada kesukaan masing masing. 

Kacau sehingga cili masak. Cili jangan ditumis sehingga terlalu garing sangat kerana ianya akan memberi rasa yang kurang sedap. 


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Masukkan gula Melaka atau gula tebu. Gula Melaka akan memberi warna yang menarik pada sambal. Masukkan garam. Masukkan kiub pati ikan bilis. Kenapa perlu masukkan kiub ikan bilis kerana ada ketika, ikan bilis yang diguna tidak banyak.


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Masukkan sedikit air jika sambal agak kering. 

Masukkan asam keping. Akhir sekali, tabur gula pasir bagi menjadikan sambal kelihatan cantik berkilat. 

Nota:
Bawang besar boleh juga dihiris dan ditumis, jika tidak mahu kisar. Ini juga antara tips menjadikan sambal lebih sedap.

Ada juga orang yang memasukkan budu ke dalam sambal nasi lemak untuk menambah rasa ikan bilis.


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Nasi Lemak Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Basuh beras dan tos. Masukkan 1-2 ulas bawang merah hiris, 1-2 inci halia, sedikit garam dan 2 helai daun pandan yang dicarik dan diikat. Masukkan air dan santan cair secukupnya. Masak dalam rice cooker sehingga air hampir kering, buka penutup rice cooker dan tuang santan pekat atau santan kotak. Kacau rata dan tutup semula. Masak sehingga nasi masak seperti biasa. 

Ini pun cara yang saya pelajari dari mereka yang berniaga nasi lemak. Maklum mereka perlu berjimat untuk mendapat keuntungan. Yang penting nasi akan lebih lemak dengan kaedah ini berbanding dimasuk santan semasa beras dimasak. Santan jika dimasuk awal akan bertukar menjadi minyak.

Ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Jika suka, masukkan sedikit Maggi Cukup Rasa. Perap seketika sebelum digoreng.


Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Selamat mencuba....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Nasi Lemak Azie Kitchen Yang Paling Sedap"

  1. aduhhh...sedap plak tgk nasi lemak ni. yg penting sambal tu..

    BalasPadam
  2. wah sedap nampak nasik lemak Kak Azie ni. rasa macam nak buat menu berbuka nasi lemak pulak.

    BalasPadam
  3. Boleh ajar macam mn buat nasi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada dlm blog. Search nasi lemak azie kitchen

      Padam
  4. Trm ksh kak azie..sy memang mengikuti smua resepi kak azie n smuanya menjadi even 1st time buat..smga kak azie dimurahkan rezeki hendaknya aaminn

    BalasPadam
  5. Terima kasih Puan Azie. InsyaAllah akan mencubanya.

    BalasPadam
  6. terima kasih puan azie.. halal kn resepinya utk sy..semua resepi puan azie mmg sedap.

    BalasPadam
  7. terima kasih share recpe sedap ni . husband puji melambung lambung sambal sedap .

    BalasPadam
  8. Betul la tu.. resepi kak azie ni sedap2, 1st try memang menjadi dan setentu nyaaaa sedappppppppp !!! Sentiasa stalk2 resepi kak azie.. hehe

    BalasPadam
  9. sya klu nak masak mesti guna resepi kak Azie mesti menjadi.terima kasih kak Azie.

    BalasPadam
  10. Hari ni menu kami nasi lemak resipi dari Aziekitchen. Memang sangat sedappp sambalnya, menambah2 kami makan. Terima kasih banyak ya Puan.

    BalasPadam