Mee Goreng Sedap dan Mudah Untuk Berbuka Puasa
Saya pasti follower blog Azie Kitchen ada terbaca yang antara makanan kegemaran saya ialah mee goreng. Sejak kecil lagi saya memang suka makan mee goreng. Saya mengakui agak cerewet bila masuk bab mee goreng. Kalau masuk mulut dan rasa tak sedap, memang saya tak akan menghabiskannya.
Di bulan Ramadhan ini, ada kalanya saya teringin makan mee atau mee hoon selain dari nasi dan lauk pauk. Selera memang berubah. Kalau makan nasi pun sedikit sahaja. Saya banyak makan lauk dan sayuran.
Kini saya sangat gembira kerana Adabi ada menpunyai produk perencah mee goreng Adabi yang bukan sahaja menghasilkan mee goreng yang sangat sedap tapi juga sangat mudah.
Memang bukan mudah untuk saya angkat ibu jari untuk mengatakan mee goreng itu sedap atau tidak. Tapi kini dengan perencah mee goreng Adabi, sesiapa pun boleh menyediakan mee goreng yang sedap.
Memang bukan mudah untuk saya angkat ibu jari untuk mengatakan mee goreng itu sedap atau tidak. Tapi kini dengan perencah mee goreng Adabi, sesiapa pun boleh menyediakan mee goreng yang sedap.
Jadi bulan Ramadhan ini, jom sama sama kita sediakan mee goreng. Bagi ibu ibu yang bekerja, jangan risau kerana pasti sempat menyediakannya sebelum berbuka puasa. Saya tak menambah apa apa perisa pun. Semua telah secukup rasanya.
Saya hanya menambah bawang putih kerana saya memang suka makan bawang putih. Kalau tak nak pun, tak mengapa. Saya masukkan pelbagai sayuran bagi memastikan hidangan yang disediakan untuk keluarga adalah makanan berkhasiat dan seimbang. Ada sayuran, ada protin dengan menggunakan udang sotong atau ayam atau apa apa yang disukai.
Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Cuma ikut sahaja resepi yang terdapat di pek pembungkusan. Insya Allah mee yang terhidang pasti sedap. Jangan lupa juga untuk melihat video di Instagram Azie Kitchen dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel.
Mee Goreng Yang Sedap dan Mudah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket mee kuning - 450-500 gram
2 pek Perencah Mee Goreng Adabi
Udang secukupnya
2 ulas bawang putih - cincang
2 ikat sayur Bok Choy
Sedikit karot
4-5 sudu besar minyak masak
Sedikit air
Bahan hias:
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Daun sup
Bawang goreng
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan sayur karot dan batang sayur bok choy terlebih dahulu. Kacau seketika.
Masukkan perencah Mee Goreng Adabi dan kacau dalam 1-2 minit.
Masukkan udang dan kacau sehingga agak agak udang hampir masak.
Masukkan mee kuning dan daun sayur bok choy. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sebelum dihidangkan, tabur daun sup dan bawang goreng. Selamat mencuba.
sedapnyeee
BalasPadamSalam Kak Azie, saya anis dari kajang. Baru mendirikan rumah tangga 4 bulan lepas. Di siang hari saya berkerja office macam biasa, malamnya sambung mengajar kelas tambahan untuk sekolah rendah. Jadi hanya sempat masak untuk sabtu dan ahad sahaja. Tapi bulan puasa ni, tusyen malam di anjakkan ke hari sabtu untuk bagi laluan pada terawih dan beribadah. Puasa setahun sekali je kan. Setiap hari masak bulan puasa ni mesti google blog kak azie. Siakap 3 rasa, Udang Goreng Cili Kering,Butter Chicken Yang Sangat Sedap, Udang Goreng Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap, Ikan Bakar Portugis, Lempeng Dengan Kari Ayam Yeo's, Mee Goreng Entri atas ni, Kuah Kacang Dengan Ayam, Kari Ayam, semua saya dah cuba. Suami tak kenal Kak Azie, setiap kali makan mesti bertambah sambil jeling sebut "thankyou mr.google"(sedap). Hehe.. Terima Kasih Kak Azie. Halalkan ilmu yang akak turunkan pada kami. Semoga Kak Azie sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya.
BalasPadamWslm. Alhamdulillah. I am happy for you Anis. Seorang isteri yang gigih mencari kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Menyediakan makanan untuk orang berbuka sangat besar ganjarannya. Terima kasih juga atas sokongan pada blog azie kitchen selama ini. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri
Padam