Sambal Tumis Telur Burung Puyuh Yang Sedap
Zaman sekarang ramai berebut untuk menjadi pemimpin. Bukan sahaja pemimpin politik tapi juga pemimpin dalam organisasi. Bagi orang Islam yang beriman, mereka tahu bahawa sebagai pemimpin tanggungjawab sangat berat dan akan menjalankannya dengan penuh bijaksana.
Bagi yang tidak beriman, mereka akan lupa diri dan bertindak atau membuat keputusan yang zalim dan tidak adil pada kakitangan bawahan. Kesedihan dan perasaan tidak puashati kakitangan langsung tidak didengari. Staff yang membuat kesalahan secara tidak sengaja samada kecil atau besar akan berhadapan tindakan disiplin. Mana ada manusia yang perfect. Mereka mungkin lupa, doa orang yang teraniayai tiada hijabnya dengan Allah.
Namun ini tidak bermakna orang Islam tidak boleh menjadi pemimpin. Tapi mereka mestilah menjadi pemimpin hebat yang adil sebagaimana kepimpinan Rasulullah. Pemimpin mestilah mengutamakan masalah orang bawahan, bukan mengutamakan periuk nasi mereka sahaja. Kerana tanpa orang bawahan, siapalah mereka. Amatlah teruk bagi seorang pemimpin yang tidak mempercayai staff sendiri.
Sekarang kita masuk bab resepi dan masakan pula. Merata rata mencari telur burung puyuh. Susah juga rupanya untuk mendapatkan telur ni. Akhirnya kami ke Village Grocer. Alhamdulillah ada. Itu pun tak berapa banyak. Sebenarnya, inilah kali pertama saya memasak telur burung puyuh.
Serius, sambal tumis saya hari ini tersangat sedap. Lebih lebih lagi makan dengan nasi dari basmathi. Saya menggaul nasi dengan sambal yang berminyak minyak tu. Alahaai menambah nambah juga walaupun perut dah kekenyangan. Semua lauk yang saya sediakan hari ini licin. Seronok memasak kalau apa yang dimasak dimakan sehingga licin.
Tak kira apa sambal, bawang merah kena banyak, atau guna bawang besar. Menjadi lebih manis. Selain itu, cili mesti ditumis sehingga benar benar garing. Bila garing, sambal akan kelihatan berbuih sedikit. Juga sambal mesti ada rasa manis sedikit, lebih dari rasa masin atau masam. Baru ada rasa "kick".
Hari ni saya guna asam keping kerana mahukan warna sambal yang lebih cantik berbanding menggunakan air asam jawa. Ini petua diberi oleh kakak ipar saya di Ipoh. Hari ini saya memasak dengan cepat kerana hari hampir hendak hujan.
Jadi bagi menjimatkan masa menumis, saya kisar bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak masak. Kemudian saya tumis pun dengan minyak yang banyak. Jadi sekejap jer bahan tumisan dah garing. Akhir sekali, jangan lupa serbuk perasa.
Jom layan resepi yang saya sediakan hari ini. Jangan lupa singgah di Instagram Azie Kitchen dan youtube Azie Kitchen channel untuk video. Selamat mencuba....
Oleh: Azie Kitchen
30 biji telur puyuh
1 biji bawang besar Holland - hiris nipis
3 - 4 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam atau secukupnya
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Sedikit air
Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah - hari ni guna 5 ulas kerana saiz bawang agak besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Telur dibasuh bersih lalu direbus di dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam periuk supaya senang dikupas.
Setelah telur masak, tos dan lalukan di bawah air paip. Kemudian dikupas kulitnya. Panaskan minyak dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.
Setelah telur masak, tos dan lalukan di bawah air paip. Kemudian dikupas kulitnya. Panaskan minyak dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.
Kacau seketika. Kemudian baru dimasukkan air, garam, asam keping dan gula secukupnya. Masak sehingga sambal pekat dan terbit minyak sekali lagi.
Masukkan sedikit air, jika terlalu kering. Kemudian masukkan telur dan bawang besar.
salah satu menu kegemaran anak dara saya dan menu darurat kalau ikan dah habis dlm peti ais.....
BalasPadamwahh
BalasPadamlama xmakan
dulu2 mak selalu masa nih
Sedap...share..tq
BalasPadamMacam mana nak tau telur yg direbus dah masak ya?
BalasPadamSy bru ikut resepi ni, tp maaf sy curang sikit.. sy tambah sos.. tp alhamdullilah.. sgt sedap..
BalasPadam