Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada follower blog Azie Kitchen yang setia mengunjungi dan membaca blog saya. Ya lah sekarang ni zaman pelbagai media sosial seperti Instagram yang rata rata orang berkongsi resepi dan masakan. Saya tetap percaya, blog akan kekal diminati kerana blog lebih personalised berbanding IG yang lebih touch and go. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Telah lama, saya tidak selitkan petikan kuliah dari ustaz yang  diadakan di surau tempat saya bekerja. Jadi sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya ingin kongsikan Kuliah Zohor dari Ustaz Abu Jihad berkenaan ikhlas dalam beribadah. Sebab apa orang terus melakukan dosa? Kerana ada orang lain yang sokong tindakan mereka sebagai contoh komen dalam facebook akan post orang menunjukkan duit. Komen yang menyokong adalah seperti, "tak apa. Dia tak kacau orang. Dia guna duit sendiri". 

Zaman sekarang, ramai orang berbangga bangga dengan kejahatan yang dilakukan. Mereka tidak segan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kejahatan yang dibuat dengan berkongsi di laman sosial. Bukan sekadar berbangga bangga dengan kebaikan yang dibuat. 

Ikhlas adalah menyembunyi amal kebaikan sebagaimana kita menutup amal kejahatan. Amalan soleh walaupun ditutup, Allah pasti akan menunjukkan amalan soleh kita. Jadi tak perlu lah nak menunjuk pada orang lain. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang tahu. Orang dapat naungan arasy ialah orang yang buat amalan dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu. 

Ikhlas adalah sentiasa berjaga jaga. Sebelum tahap ikhlas adalah tahap buat buat ikhlas. Sebagai contoh, kita digalakkan menangis selepas solat malam. Ada orang yang sangat susah hendak menangis. Jadi dia kena cuba juga dan buat buat menangis. Jadi dalam ikhlas pun, kita kena cuba untuk ikhlaskan amalan kita. 

Antara tanda ikhlas ialah tidak bertambah amalan sebab dipuji atau tak berkurang dengan sebab dikeji. Tanda ikhlas kedua ialah lupa memandang amalan yang lepas. Jangan tengok lagi amalan yang dulu. Yang ketiga ilab lupa kepada pahala hari akhirat. Maksudnya dia redha beribadah semata mata kerana Allah. Amalan hanya lah sebagai tanda syukur akan nikmat dunia yang Allah bagi cukup banyak. Nikmat Allah tak terhitung banyak nya. 

Seperti yang saya tulis dalam Instagram saya sebelum ini, saya belajar resepi ini dari Maznah sahabat saya sejak dari darjah satu lagi. Kalau bukan kerana sahabat baik, dia pun mungkin tidak mengajar saya detail satu persatu. 


Dia melihat sendiri Kak Wook memasak kerana memang berkawan rapat dengan Kak Wook. Selalu menjenguk ke dapur ketika Kak Wook menyediakan hidangan untuk nasi Kak Wook. Rahsia yang mesti ada ialah aji no moto. Jadi kalau ada yang tidak makan aji no moto, bolehlah menggunakan apa apa serbuk perasa atau tidak menggunakannya.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Saya berjanji untuk berkongsi resepi Sambal Nasi Kak Wook di Instagram saya sehingga ramai yang meninggalkan komen mereka tidak sabar untuk membacanya. Jadi sebagai menunaikan janji, saya gagahkan diri untuk menyediakan Nasi Kak Wook sebagai hidangan tengahari keluarga saya walaupun saya sangat sibuk ketika ini.  

Sambal Nasi Kak Wook ini memang sedap dan secukup rasa. Tapi jangan lupa kepedasan cili adalah berbeza, jadi jika rasa terlebih pedas, tambahlah satu atau dua sudu gula lagi untuk seimbangkan rasa pedas dengan manis. Begitu juga garam, bolehlah tambah secukup rasa tekak masing masing. Di bawah ini adalah gambar selepas sehari disimpan di dalam peti ais.


Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Klik di SINI untuk resepi Gulai Ayam Nasi Kak Wook dan di SINI untuk Ayam Goreng Nasi Kak Wook untuk mengetahui rahsia dan teknik penyediaannya.  

Jangan lupa melihat video cara penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel. Kepada yang belum lagi follow Azie Kitchen Instagram, jom follow di @aziekitchen. Ramai yang menulis memberitahu mereka baru sahaja jumpa dengan IG Azie Kitchen sedangkan telah lama saya membuka akaun di IG untuk follower blog Azie Kitchen.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 tangkai cili kering - rebus & tos
10 tangkai cili merah 
Segenggam cili padi kampung hijau - 30 tangkai
6 biji asam limau kasturi - buang biji 
1 ibu jari belacan - bakar seketika
1 ulas bawang putih - bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa

Cara cara:
Hiris halus semua cili padi dan cili merah. Tujuannya supaya ianya mudah hancur. Cili kering guna yang jenis berkilat, bukan yang kerinting.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Cucuk belacan dengan menggunakan garfu dan bakar atas api seketika. Ulang yang sama untuk bakar bawang  putih pula. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Blender semua bahan di atas dengan menggunakan "pulse" sahaja. Jangan dikisar halus. Biar ada kasar kasar sedikit.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Akhir sekali, tuang ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit aji no moto, jika suka. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. 

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. 

Nota:
Mesti ada lebih rasa manis. 

Boleh disediakan lebih awal kerana rasanya akan menjadi lebih sedap setelah semua cili telah terjeruk di dalam gula dan cuka. 


10 ulasan for "Sambal Nasi Kak Wook Yang Original"

  1. kalau simpan peti sejuk, brape lame boleh tahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama sebab tak masuk air langsung. Mcm jeruk sb guna cuka

      Padam
  2. Sedapnya!Boleh try pasni. Selalu time balik kampung je la pegi makan nasi kak woook ni :)

    BalasPadam
  3. Kak Azie.. limau kasturi tu semua 6 biji tu blender dengan kulitnya sekali jugak ke?
    (Shakila)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Lepas buang biji. Campak dlm blender. Sis saya ada buat video di youtube. Masuklah tengok saya buat sambal ni

      Padam
  4. Ada pembetulan caption pada picture belacan. "cili putih" refer to bawang putih. :-]

    BalasPadam
  5. Salam . sy nak minta izin utk download gmbr diletakkn di banner gerai sy . boleh ke ye kak azie ?

    BalasPadam
  6. saya mohon guna resepi dan share yea kak azie ... saya mmg peminat resepi kak azie since umo 12tahun hingga laa 27tahun skrg . hehehehe bnyk dh sblm ni guna resepi kak azie .. saya juga bru follow akk di instagram ..

    BalasPadam
  7. Assalamualikum kak zie resepi akk semua sedap selalu saya gunakan utk rujukan masakan..tuk masak kat keluarga saya..terima kasih ya..SBB kongsi rezeki

    BalasPadam