Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original
Secara jujur saya tak pernah makan nasi Kak Wook yang begitu femes amos tu. Tapi bila Maznah, sahabat baik saya kongsikan resepi yang dia belajar sendiri dari Kak Wook, saya cuma salin dan simpan sahaja.
Sehingga lah satu hari saya diajak untuk makan nasi Kak Wook. Ketika itu, barulah saya tahu yang rasa nasi Kak Wook memang sangat sedap. Memang rasa nasi berlauk Kelantan yang sangat sesuai dengan selera saya. Kalau ikutkan saya, 3 bungkus pun boleh saya habiskan.

Menurut Nah, dia berkawan baik dengan Kak Wook. Jadi keraplah ke dapur melihat bagaimana ianya disediakan. Resepi macam biasa jer pun, cuma ada lah beberapa teknik dan bahan tertentu yang digunakan menjadikan ianya lebih sedap.
Saya membuat 3 entri untuk melengkapkan hidangan nasi Kak Wook. Semoga ianya bermanafaat dan juga semoga arwah Kak Wook juga mendapat pahala dari ilmu yang dipelajari dari beliau samada secara langsung atau tidak langsung.
Suami dan anak menantu makan nasi Kak Wook sebagai hidangan brunch kami hari ini. Sangat sedap. Itu lah feedback yang diberi oleh mereka. Sebenarnya saya meletak lebih sayuran kerana saya suka meratah sayuran. Jika yang dimasak di kedai, hanya ada jarang jarang jarang sahaja keropeh dan sayurnya. Mereka kan berniaga. Tak sama dengan kita yang untuk dimakan sendiri.

Jom layan cara penyediaan Gulai Ayam Nasi Kak Wook yang dimasak secara gulai raja berangkat atau dipanggil juga sebagai gulai darat. Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen youtube channel. Nantikan entri akan datang untuk resepi Ayam Goreng Nasi Kak Wook serta Sambal Nasi Kak Wook....
Ayam Gulai Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Keropeh ayam - kepak, tengkuk, kaki, hati & mempedal
2 batang terung
5 batang kacang panjang
2-3 tangkai cili hijau - opsyenal
1 kotak kecil santan kotak
Sedikit minyak masak
Gula Melaka
Gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Serbuk perasa - Aji no moto/Maggi Cukup Rasa
1 pek kecil rempah kari Adabi
Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - sikit
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas - sikit sahaja
6-7 tangkai cili kering - boleh tambah
Cara cara:
Gaul bahan kisar serta rempah kari dengan ayam yg dipotong kecil. Jerang atas dapur sebentar. Tuang sedikit minyak supaya ianya tidak hangit dengan sedikit santan pekat.
Bila separuh masak, masukkan baki santan, gula, garam, serbuk perasa, asam keping dan sedikit gula Melaka.
Setelah kuah cantik baru masukkan sayur sayuran. Masak seketika sahaja supaya sayuran masih rangup ketika dihidangkan dan tutup api.
Nota:
Boleh juga ditumis dengan sedikit sahaja minyak supaya kuah tidak berminyak seperti kari. Tapi lebih sedap jika tidak ditumis.
Kak Azie, many thanks for this recipe! I am eagerly waiting for the next two recipes :)
BalasPadamWaaahhh...best best, tak lama lagi puasa, boleh guna menu ni utk berbuka and sahur, utk open house pun best nih (semangat :D)
BalasPadamMasukkan ulasan anda...
BalasPadamsedapnya....
sedapp..dah try hari ni
BalasPadamMinta halal resepi ya. Tq
BalasPadamKak azie,bhn kisar nye tu mmg xpyh tumis lama2 ye
BalasPadamResepi k.azie semua sedap2... Cuba sekali pasti menjadi...tq akak😘
BalasPadamResipi akak senang nk follow & mesti menjadi. Tq bnyk2 share resipi. Next nk try resipi nak pulak. :)
BalasPadamTerima kasih Azie. Saya selalu Beli. Nak Cuba resipi ni. Halal ya.
BalasPadam