Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pengalaman Di Anfield Yang Mengujakan

Anfield Liverpool


Kali ini sambungan dari entri sebelum ini di di Manchester. Pengalaman di Anfield pada 28 Disember 2017 waktu London amat mengujakan. Jom layan. 

Semasa di Chesire Oak Oulet di SINI, kami ke Mark & Spencers untuk menunaikan solat. Selepas itu, terus ke Anfield di Liverpool untuk pengalaman melihat stadium  Anfield bagi peminat bola sukan kelab Liverpool. Perjalanan dari Chesire Oak ke Liverpool stadium hanya mengambil masa dalam 30 minit. 

Saya sangat gembira melihat hubby dan anak anak teruja semasa di sana. Terasa aura bila melihat bangunan stadium.  Masing masing bergambar dengan keseronokan. Hubby lebih lebih lagi lah. Cuaca sejuk dengan angin yang kuat tidak menghalang kami untuk berposing berlatarbelakangkan stadium. 

Anfield Liverpool

Anfield Liverpool

Selepas itu, kami ke kedai menjual barangan cendera hati, di mana Hubby membeli fridge magnet sebagai kenang kenangan. Cuaca semasa di sana sangat sejuk dengan angin yang sangat kuat. 

Anfield Liverpool

Anfield Liverpool

Atas permintaan Nellisa, kami kemudian menuju pula ke Old Trafford dalam perjalanan balik ke kawasan perumahan Juita di Rushelhome. Kami tidak lama di sini kerana hari telah gelap. Selepas bergambar, kami masuk mencari fridge magnet. 

Old Trafford Manchester

Old Trafford Manchester

Kemudian kami terus ke restoran Al Jazeera untuk menikmati makan malam. Juita memberitahu yang dia lebih suka makan di At Taiba kerana lebih murah dan sedap. Harga dalam £7-8 untuk sepinggan nasi Arab dengan setengah ekor ayam. 

Makan makan Di Manchester

Makan makan Di Manchester

Makan makan Di Manchester

Selepas makan, saya balik ke hotel dengan keletihan. Anak anak semua keluar bershopping di Primark. Sempat tidur seketika sebelum bangun untuk menunaikan solat. 


1 ulasan for "Pengalaman Di Anfield Yang Mengujakan"