Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap
Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah membuat daging bakar yang dicicah dengan air asam. Daging yang digunakan ialah daging batang pinang. Jadi ianya lebih lembut dan lebih cepat dimasak.
Kalau di Kelantan, ada dua jenis daging bakar. Satu yang diletak sedikit rempah sebagai bahan perap dan biasanya dimakan dengan nasi kerabu. Boleh klik di SINI.
Satu lagi pulak, yang dibakar kosong. Hanya dilumur garam dan kunyit. Tapi hari ini, saya melumurkan sekali daging dengan MAGGI Cukup Rasa. Dilumur dan digosok gosok pada daging dan biarkan seketika sehingga ianya meresap dan mesra.
Kalau makan ikan bakar atau daging bakar, bagai tidak lengkap jika tidak dicicah dengan air asam. Air asam sangat mudah disediakan namun tidak semua orang mampu menghasilkan air asam yang sedap. Ada ketika, air asamnya cair dan tidak secukup rasa.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mungkin sama sahaja dengan yang disediakan oleh orang lain. Namun bagi melengkapkan entri hari ini, saya kongsikanlah resepinya di bawah ini. Jangan lupa singgah di Instagram Azie Kitchen untuk video dan juga Azie Kitchen Channel di youtube...

Daging Bakar Cicah Air Asam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan perap:
1 kg daging batang pinang - potong 2 atau 3
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Garam - jika perlu
Cara-cara;
Daging diperap dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika.
Bakar dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Dibalik balikkan sehingga masak. Jangan terlebih masak, nanti daging dah tak 'juicy'.
Bakar dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Dibalik balikkan sehingga masak. Jangan terlebih masak, nanti daging dah tak 'juicy'.
Hiris nipis dan sedia untuk dihidangkan bersama air asam.
Sementara daging dibakar, bolehlah sediakan air asam.
Cara untuk menghasilkan air asam yang sedap pekat dan melekat ialah dengan mengisar sebahagian bahan bahan dan sebahagian lagi dipotong dadu atau dihiris halus. Selain dari sedap, air asam mestilah cantik dengan menpunyai warna merah dan hijau.
Ada juga orang yang meletakkan daun kesum yang dihiris hiris, pun sedap juga. Tapi tak semua orang sukakan bau daun kesum kan, jadi saya buat air asam biasa sahaja. Untuk menambah keenakan air asam, saya meletakkan sedikit sos cili Maggi dan Maggi Cukup Rasa.

Air Asam Pencicah Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Kisar Halus:
2-3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi - merah dan hijau
2-3 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan - dibakar dahulu - opsyenal
3 sudu besar gula
Bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau - hiris halus untuk tambah warna
Sedikit perahan air limau nipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa - atau secukupnya
Sedikit sos cili Maggi
Garam - jika perlu
Sedikit sos cili Maggi
Garam - jika perlu
Cara-cara;
Kisar semua bahan kisar secara "pulse on off" supaya tidak terlalu halus. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Jangan letakkan air ya.
Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah dipotong dadu dan cili padi hijau.
Perahkan jus limau nipis. Kacau, kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air masak. Masukkan sedikit Maggi Cukup Rasa.

Untuk menambah keenakan air asam, masukkan sedikit sos cili. Sesuaikan rasa supaya ada rasa masin, manis dan masam. Lebihkan rasa manis berbanding masin.
Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan daging bakar atau ikan bakar.
Nota:
Boleh juga dipotong-potong sahaja cili dan semua bahan kemudian digaul/ramaskan dengan tangan semua bahan hingga sebati.
Nota:
Boleh juga dipotong-potong sahaja cili dan semua bahan kemudian digaul/ramaskan dengan tangan semua bahan hingga sebati.
Mak aii sedapnya...
BalasPadamsedap
BalasPadamChef.....wahh
BalasPadamMengapa perlu letak perisa tiruan dalam masakan. Itu semua pada jangka panjang boleh menyebabkan penyakit. Jika kita guna bahan yang elok segar x perlu masukkan apa jua perisa tiruan. 😕😒😓
BalasPadamNasihat kerana Allah.
Assalamualaikum kak azie..berapa lama biasanya membakar daging tu ya? Kadang2 mmg overcooked, sbb risau dlmnya x masak sempurna.
BalasPadamBestnye
BalasPadam