Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Selepas balik dari Kelantan malam sebelumnya, saya masih kepenatan. Jadi tidak ada rancangan pun untuk keluar makan makan. Tapi bila Nana menghantar mesej mengajak kami keluar, saya turutkan sahaja. 

Saya merasa sangat terharu kerana anak anak bersepakat meraikan ulang tahun perkahwinan kami dengan jamuan makan malam di Meat Point di Taman Tun Dr Ismail. Kami pergi dengan 2 kereta kerana Nana dan Alain keluar terlebih dahulu untuk urusan booking tempat dsb.

Mereka tahu kebelakangan ini saya selalu memesan steak bila keluar makan. Agaknya itulah sebab mereka memilih restoran ini untuk makan malam kami. Saya memilih Grass Ribeye yang memang sangat sedap.

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Selepas makan, satu lagi kejutan bila kami dihadiahkan dengan sebiji kek. Ianya memang tidak disangka sangka kerana saya tidak menjangkakan nya sama sekali. Mereka biasanya akan membelikan kek jika kami meraikannya di rumah. 

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Apa apa pun, saya merasa sangat terharu dengan ingatan anak anak. Terima kasih atas jamuan makan malam ini. 

4 ulasan for "Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami"

  1. happy anniversary kak azie

    BalasPadam
  2. Congrats Sis Azie & Suami. Semoga bahagia hingga ke jannah.. aamiin.

    BalasPadam
  3. Happy Anniversary, Kak Azie! May you and hubby have everlasting love for always!

    BalasPadam
  4. happy anniversary kak azie, saya harap kak azie boleh terus berkongsi resepi yang sedap

    BalasPadam