Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap dan Cerita Luahan Hati

Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap

Saya suka makan ikan yang digoreng garam kunyit jer. Lebih lebih lagi kalau menggunakan spesis ikan yang memang sedap seperti ikan terubuk, senangin, kerisi yang besar dll. Sebelum kita sentuh bab ikan, saya nak mencoret sedikit luahan hati. Apa yang ada di hati kena diluahkan supaya ianya tidak tersimpan sehingga boleh merosakkan hati sendiri. Hati yang terkilan, hati yang marah, yang sakit dan macam macam lagi. 

Kebelakangan ini memang stress sangat sangat. Stress dengan karenah manusia di sekeliling. Saya tidak mahu berdusta dengan diri sendiri, sebahagian besar masa kita dihabiskan di pejabat. Berdasarkan pengalaman sendiri, amat susah untuk mendapat rakan sepejabat yang betul betul ikhlas. Semuanya umpama melepaskan diri sendiri, bak kata kawan saya yang telah pun meletakkan jawatan, semuanya tu demi cari makan, Hajjah. Beliau memanggil saya Hajjah. Hmm betul juga. 

Ya, tapi kalau pun untuk cari makan, bolehkah merasa keenakan makanan tersebut jika ianya diperolehi dengan cara menikam dari belakang, bermuka muka dsb. Namun tidak dapat dinafikan, ada juga rakan sepejabat yang baik. Mereka biasanya yang tidak ada kepentingan dengan kita, apa lagi mahu bersaing untuk menunjukkan kebagusan diri. Saya tidak mahu bersaing dengan sesiapa kerana hakikatnya saya sudah memiliki segalanya seadanya. Saya tidak perlu lebih dari apa yang ada pada saya hari ini. 

Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap

Saya memang tidak pandai untuk membodek atau menunjuk nunjuk. Walaupun saya kenal rapat dengan ramai pegawai kanan, namun bukan cara saya untuk mengadu domba dengan hal yang remeh temeh. Prinsip saya, Allah kan ada. Dia yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Kaya, Maha Mengasihani. Semuanya ada pada Allah SWT. Saya menyerah semuanya pada Allah. 

Bila stress, saya akan menanganinya dengan ke dapur untuk memasak. Jadi pagi pagi, saya WA Boy mengajak ke Pasar Taman Tun. Hajat hati nak mencari ikan terubuk kerana malam tadi saya bermimpi keluar makan malam dengan seseorang. Dan di dalam majlis itu, ada disediakan ikan terubuk yang sangat sedap hingga saya makan menambah nambah. 

Bak kata Ustaz Ibrahim Muhammad, jika kita bermimpi yang baik baik, itu tandanya mimpi didatangkan dari Allah. Kita patut mengucapkan syukur Alhamdulillah. Mungkin orang yang di dalam mimpi rasa bersalah kot sehingga belanja saya makan malam dalam mimpi. Hahahaha....

Bila mimpi yang baik samada siang atau malam kita kena melakukan 2 perkara. Riwayat Imam Al Bukhari, Nabi bersabda apabila kamu melihat mimpi yang disukai, maka mimpi itu dari Allah. Pertama kita kena memuji Allah atas mimpi tersebut. Samada kita bermimpi atau orang bermimpi pada kita. Kedua hendaklah menceritakan mimpi tersebut pada orang lain. Zaman dulu Nabi menceritkannya pada isteri dan sahabat. Saya pulak menceritakan pada anda semua follower saya yang sangat saya sayangi. 

Berbalik semula pada cerita ikan, sesampai di pasar, teringat pulak ikan Lemak atau Llemah atau juga ikan kelapa yang diceritakan oleh rakan saya, Marmah yang dibeli di Terengganu. Beliau memborong kesemua ikan ini yang ada di tempat pusat  jualan ikan tersebut. Saya menunjukkan gambar yang dihantar Wik pada tauke ikan dan dia menyebut nama selembut atau apa pun tak pasti, sebab tak jelas. Tauke ikan itu pun memberitahu ikan ini sangat sedap, isinya manis dan lembut bila digoreng. 

Saya pun tak tahu apa yang saya beli, saya tunjuk tunjuk sahaja. Melayanglah juga lebih dari seratus. Haa kalau ada yang tak pernah tengok bagaimana rupa ikan Lemak ini, bolehlah tengok di sini. Nanti jangan lupa cari ikan ni. Rasanya kalau dimasak kicap pun sedap juga. 

Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap


8 ulasan for "Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap dan Cerita Luahan Hati"

  1. betul tu..saya setuju dengan entry akak ni.. saya pun pernah mengalami benda yg sama. sebab saya byk diam..x reti membodek..maka org sewenang2nya memburukkan2 kita depan bos, demi sebuah anugerah... APC.. saya x cari info..tp info tu yg sampai kat telinga saya.. allahualam..tp saya dah masak dan kenal sangat manusia camtu..xpe la.. anugerah kat dunia bukan kekal selama2nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar. kerjasama berkumpulan memang tak ada. masing masing menolak kerja. tak apa lah, niat kerja kerana Allah, hendak menanggung keluarga, untuk bersedekah dsb

      Padam
  2. Besar mana ikan ni, kak?

    Org yg dlm mimpi tu, org yg tikam belakang di alam realiti tu ke?. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha lebih kurang gitu lah. Mungkin di alam realiti, dia pun ada rasa bersalah agaknya.

      Padam
    2. Ikan tu yg saya beli sebesar tapak tangan. Ada yg besar juga. Tapi tak ada hari tu. Goreng letak garam kunyit tepung jagung, mmg sedap

      Padam
  3. Setuju sgt dengan posting ni.tak tau nak buat mcm mana dgn org mcm ni kak...hanya memilih untuk terus bersabar...

    BalasPadam
  4. Kami panggil ikan selumbu ni Hajjah. sedapp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya orang jual ikan di pasar tmn tun pun panggil ikan selumbu.

      Padam