Gulai Ikan Versi Keluarga Saya
Inilah cara keluarga saya memasak gulai ikan sejak dulu dulu. Teringat lagi arwah Bonda ada memasak gulai ikan Yu. Lebih sedap jika ikan yu menpunyai hati. Terutama bila hati ikan yu hancur dan pecah dalam kuah ikan. Wallaa, sedap sangat. Selain itu, antara gulai ikan Bonda saya yang menjadi kesukaan keluarga kami adalah ikan duri yang dilumur garam dan dibiarkan beberapa jam sebelum dimasak gulai.
Itu cara dulu tapi sekarang ini, jika ingin dipermodenkan sedikit, tak nak letak ketumbar biji pun tak apa. Juga boleh juga masukkan sedikit cili padi bagi menambah wangi. Kurangkan sedikit cili kering kisar tu. Tapi apa yang saya share di bawah adalah bahan sebenar yang kami gunakan.
Tapi masa tu, kelapa dikukur dengan pengukur kelapa tau. Tak adanya santan santan segera ini. Rumah saya juga ketika itu, tak ada blender. Semua kena tumbuk guna lesung batu. Bayangkan berapa lama masa menumbuk untuk jadikan ianya hancur lumat. Memasak pula guna kayu api. Bila adjust api, bukan senang. Kena tarik keluar kayu api supaya api lebih kecil.
Saya nyalakan api dengan menggunakan daun kelapa kering. Ada ketika, saya curi curi tuang minyak gas. Masa tu, rumah tak ada elekrik, guna pelita yang menggunakan minyak gas. Kalau tahu, saya guna minyak gas, pastilah saya kena marah. hihihi
Masa kecil dulu, saya suka gulai kuning seperti nasi berlauk tapi rasanya Bonda saya tidak pernah memasak gulai kuning nasi berlauk. Inilah cara gulai ikan yang digunakan. Kalau daging atau ayam pulak, samada masak kari atau kurma. Itu sahaja masakan simple untuk orang kampung seperti kami.
Satu yang saya puji dengan suami saya yang tidak banyak karenah. Apa sahaja yang saya masak, akan dimakan. Jika saya tidak memasak, dia akan beli makanan untuk anak anak atau membawa kami makan di luar. Bila saya memasak makanan Kelantan, dia akan makan dengan berselera juga kerana dia tahu saya adalah anak jati Kelantan yang dilahir dan dibesarkan di Kelantan. Pastinya tekak saya adalah tekak dan selera Kelantan.
Tapi dia tahu, saya juga belajar masakan kesukaan dia dari arwah Bonda Mertua dan juga dari kakak ipar. Malahan saya memasak masakan dari semua negeri. Semua nya OK dengan dia. Tak pernah sekali dia komen masakan saya tidak sedap dan sebagainya.
Cuma sekali sekala dia akan menegur jika dirasakan masakan terlebih garam. Semuanya demi kesihatan. Memang saya dari kecil lebih suka yang masin, Jika ikan diperap sehingga terasa garam, baru digoreng. Ikan direbus masin, baru digoreng atau digulai. Cenderungnya lebih pada masin. Selepas berkahwin, barulah saya mula mengurangkan garam dalam masakan.
Maaflah andai gambar tak elok kerana saya siap memasak dah pukul 7 lebih. Memasak dengan masih memakai baju pejabat, uolls. Terpaksa bekejar untuk naik solat Maghrib. Ambil gambar sekadar untuk dihias dengan resepi yang saya kongsikan hari ini. Inilah cabaran bagi seorang blogger yang berkerjaya.
Gulai Ikan Selar Kuning
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan selar kuning
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping
Garam
Gula - atau dulu guna aji no moto
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1-2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit ketumbar biji - kalau tak suka, tak perlulah letak
Cara cara:
Satukan bahan kisar dengan santan yang telah dimasukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dengan selalu dikacau.
Masukkan asam keping, gula dan garam. Terus dikacau lagi supaya kuah tidak berketul.
Bila mendidih, masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga kuah cantik, baru diangkat.
seronok buka blog blogger yang rajin update. teruskan ya kak azie.saya kalau cuba resepi blog kak azie ni tak pernah tak jadi. kena dengan taste saya
BalasPadamsaya pun dah ganti dengan gula. kadang2 maggi cukup rasa. tapi sikit je...
BalasPadamsaya suka resepi blog Azie kitchen.. teringat zaman dulu2 makan makanan ni di masak arwah mak.. apa2 pun tahniah puan Azie yg berjaya menarik minat ramai untuk ke dapur..
BalasPadamAs-Salam Kak Azie,
BalasPadamThanks for the recipe, saya pun jenis suka mencuba semua masakan. Kalau saya ada masa, hampir setiap hari saya singgah ke blog akk ;) dan selalu juga mencuba resepi yang berkenan saya nak makan.
Kak,
BalasPadamkalau boleh akk share any petua2 utk memudahkan kerja2 didapur seperti cara2 simpan halia, bawang, ikan bilis supaya tahan lama atau apa2 petua dapur, best juga tu.
Bru ja try resepi ni..mmg tambah nasi hihi..blog akak mmg penyelamat tatkala blurr nk masak apa kt dapur
BalasPadam