Burger Salmon Yang Berkhasiat Sebagai Bekalan Ke Sekolah
Anak anak zaman sekarang suka makan makanan ringan dan makanan segera. Walaupun sentiasa dipesan namun sukar untuk memastikan kerana mereka bukan sentiasa ada di depan mata kita. Juga pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Jadi bila kita menpunyai peluang, kita perlu memberikan pemakanan yang terbaik untuk anak anak kita.
Bila saya memasak, saya akan memastikan khasiat pemakanan yang seimbang dihidangkan buat anak anak. Perhatikan carta piramid pemakanan. Perhatikan makanan kegemaran anak anak. Kita ikut selera mereka tetapi diselitkan dengan elemen makanan sihat dan berkhasiat serta seimbang. Anak anak tidak boleh dipaksa untuk menyukai sesuatu makanan yang kita rasakan terbaik buat mereka. Sebaliknya kita yang sesuaikan kegemaran mereka dalam hidangan yang disediakan.
Anak anak memang peminat burger. Antara makanan kegemaran anak anak saya adalah ikan salmon. Jadi saya menggunakan cara kreatif serta seimbang dengan menggabungkan dua kesukaan anak untuk menyediakan Burger Salmon.
Seperti mana kita semua tahu, ikan adalah antara sumber makanan yang kaya dengan protein dan omega 3. Jadi saya isikan ikan salmon yang dibuat patty dihidangkan sekali dengan salad dan timun. Memang baik macam ni. Anak anak bukan sahaja dapat makan makanan kegemaran mereka, saya juga boleh memastikan mereka dapat makanan seimbang yang diperlukan.
Jom layan resepi ini.

Salmon Burger
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
16 oz red atau pink salmon
2-3 sudu besar minyak zaitun
2-3 sudu besar minyak zaitun
1 biji telur - saiz kecil
60 ml susu Dugro
½ cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar minyak jagung
Bahan Lain:
Roti burger
Salad
Timun
Keju- opsyenal
Sos salad - opsyenal
Sos cili atau sos tomato
Sos salad - opsyenal
Sos cili atau sos tomato
Cara cara:
Panaskan 2-3 sudu besar minyak zaitun dalam kuali dan masukkan salmon. Goreng sehingga masak keperangan dengan menggunakan api sederhana dalam 4 minit. Terbalikkan dan goreng permukaan satu lagi dalam 3 minit. Bila masak, boleh angkat dan letak atas tisu dapur.
Nota:
1. Waktu memasak bergantung kepada ketebalan isi ikan.
2. Boleh juga salmon mentah dicincang kasar sahaja.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan terlebih dahulu. Buang kulit dan tulang. Dengan menggunakan garfu, pecah pecahkan isi salmon.
Masukkan telur, susu, tepung, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan sebati.
Panaskan minyak jagung dalam kuali leper dengan menggunakan api sederhana.
Panaskan minyak jagung dalam kuali leper dengan menggunakan api sederhana.
Sudukan adunan dan dibentukkan bulat dan terus masuk dalam kuali yang minyak telah dipanaskan. Kemudian tekankan dengan menggunakan spatula untuk menjadikan adunan leper seperti kepingan burger.
Goreng sehingga keperangan dengan menggunakan api sederhana dan diterbalikkan. Masak lagi sehingga keperangan.
Bolehlah diangkat dan diletak atas kertas tisu dapur. Ulang sehingga semua adunan habis.
Hidangkan dengan roti burger untuk dijadikan sebagai burger atau roti keping sebagai sandwich. Susun salad dan timun, letakkan kepingan patty salmon dan picit sos salad (opsyenal), sos cili atau sos tomato secukupnya. Jika suka, letakkan kepingan keju.
Nota:
Boleh juga guna salmon dalam tin, jika tiada stok salmon segar.
Resepi ini menghasilkan 4 keping patty salmon. Sesuai untuk hidangan 2 orang.
Akhir sekali jangan lupa untuk menyertai Peraduan Resipi Nutrisi Mama yang diadakan. Caranya sangat mudah. Hanya perlu kongsikan gambar hidangan berkhasiat yang anda sediakan untuk anak anak. Banyak hadiah hadiah menarik sedang menanti anda. Untuk maklumat lanjut layari https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest

Catat Ulasan for "Burger Salmon Yang Berkhasiat Sebagai Bekalan Ke Sekolah"
Add your comment